Saturday, 16 February 2013

TIPS : Tinggalkan susu kepada pengasuh/nursery

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tips untuk meninggalkan susu ibu perahan kepada pengasuh atau nurseri. Memandangkan saya juga fully breastfeed baby ariq, jadi xsalah rasanya untuk berkongsi cara dan pendapat. Entry ini juga ditujukan khas untuk adik saya yg akan mula bekerja minggu depan setelah habis berpantang. Adik saya ni masih blurr kot cemana cara nak manage susu ibu perahan untuk dihantar ke taska nanti.

Di pejabat:


Ok, pertama sekali, untuk masuk bekerja kita mesti ada jadual untuk memerah susu ibu ditempat kerja. Macam saya, saya akan mengepam 2 kali di ofis iaitu pada pukul 11.30am dan 04.30pm. Waktu untuk memerah mestilah konsisten atau tetap setiap hari. Jadi bila sampai je waktu mengepam tu, otak akan menghantar signal untuk menghasilkan susu pada waktu itu. 2 jam sebelum pam tu kalau nak amik ESP pun boleh :). Shake ESP dengan susu segar dutch lady 2 jam sebelum mengepam. Dan jgn lupa untuk habiskan sekurang kurangnya 1 liter air menjelang sesi mengepam. Penting!

Di rumah:

1- Simpan dalam kuantiti ‘sekali minum’ dalam container. Jadinya tak berlaku pembaziran. Saya akan simpan setiap 4 oz dalam satu plastik Autumn.

2- Labelkan container dengan nama bayi dan tarikh/masa diperah. 


3- Keluarkan satu container/bekas susu beku untuk dicairkan. Letak kat peti ais bahagian bawah semalaman untuk dicairkan.

4. Simpan 2 oz x 5 botol susu ibu perahan di ofis pada hari itu di bahagian peti bawah. Selebihnya bolehlah dibekukan.(Katakan kita dapat 16 oz susu perahan di ofis. Asingkan 10 oz (setiap botol 2 oz) untuk dihantar ke taska pada hari esoknya. Baki lagi 6 oz boleh lah dijadikan stok beku menggantikan 1 bekas stok beku yang kita dah keluarkan tadi .(rujuk step no 3)

5. Sekarang kita dah ada 1 bekas susu beku dibahagian bawah peti ais dan 5 bekas susu fresh(perahan semalam). Labelkan susu yg kita keluarkan dari stok susu beku tadi dengan no 1, dan no 2 dan seterusnya untuk setiap botol2 berisi susu fresh berikutnya.
Seperti ini :

no 1 - stok susu beku yg dah dicairkan semalaman, no 2 hingga no 5 - susu fresh hasil perahan semalam.
Saya hanya sediakan 5 botol x 2 oz untuk dihantar ke taska. Bagi ibu-ibu yang baru masuk kerja seeloknya hantar lebih. Kalau tak habis susu yang balance tu nanti boleh dijadikan sebagai stok susu beku. 

6- Sebaik shj nak bertolak ke ofis, simpan susu2 tadi dalam cooler bag dengan pek ais. Saya simpan dengan 5 pek ais dalam cooler bag Vcoool. Beg warna merah dalam gambar. Jangan laa setengah jam atau sejam lagi nak bertolak dah masukkan dalam beg. Sebabnya untuk pastikan ais pek tu tahan sejuk lebih lama dalam cooler bag. Saya hanya biarkan pengasuh simpan susu dalam cooler bag shj untuk memudahkan, tak simpan dalam peti ais pun. (Pek ais boleh tahan sehingga 8jam dengan syarat jgn selalu buka tutup bag. Buka bag masa nak ambil susu dan zip balik bag setelah susu dikeluarkan)
6- Jangan lupa terangkan kepada pengasuh cara nak panaskan susu ibu perahan dan ingatkan untuk beri susu ikut turutan nombor. Penting! Kalau rajin, lampirkan satu helaian ‘PANDUAN MENGURUSKAN SUSU IBU’ bersama fridge magnet kepada pengasuh supaya dia boleh tampal di pintu peti sejuknya dan baca selalu.

Begitulah untuk hari-hari berikutnya. Mudahkan? :) Selamat bekerja ibu ibu semua!

Untuk dapatkan ESP boleh hubungi saya :

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI