Saturday, 18 May 2013

Vitamin Shaklee untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum.

Tahniah untuk kawan-kawan yang sedang hamil. Tak kiralah anak keberapa yang penting kawan2 mesti gembira dengan kehadiran orang baru yang bakal lahir. Saya ingin berkongsi artikel tentang sikap dan tingkah laku ibu yang mempengaruhi si anak di dalam kandungan.
Gambar hiasan


Betulkah sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilan.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman


Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

Namun begitu, ada juga ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk (macam saya) sehingga apa sahaja yang dimakan akan keluar balik (macam saya jugak :)). Jadi ibu-ibu hamil bolehlah mengambil set hamil Shaklee yang dijamin semulajadi. Set tersebut mengandungi

1. Vitalea
2. B Complex
3. Omega Guard
4. Vita C
5. Ostematrix

Boleh lihat gambar di bawah:
Set Hamil Shaklee
Fungsi setiap vitamin seperti di bawah :

1. Vitalea
    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*

*disclaimer

2. B Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

3. Omega Guard
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

4. Vita C
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

5. Ostematrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Ok, kami menyediakan set bajet untuk sebulan. Boleh hubungi saya untuk dapatkan set anda. kami menyediakan konsultasi percuma untuk anda. Jom sms | whatsapp saya laju-laju.

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Wednesday, 15 May 2013

Part 3 : Mengajar anak menggunakan tandas

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya Aqil training ke tandas. Start hujung Mac hari tu. Boleh baca di sini
Dan di sini. Alhamdulillah hari ini aqil dah zero diapers. Sepanjang perjalanan melatih aqil ke tandas, tak susah sebenarnya. Ibu bapa kena yakin dengan kebolehan anak sendiri.

Macam aqil, masa mula2 dulu kalau balik dari school, saya akan suruh teacher dia pakaikan diapers. Sampailah pada suatu hari tu, saya lupa masukkan diapers dalam school bag dia, so petang tu xdela pakaikan diapers. Sebelum naik kereta, saya suruh ke toilet dulu. Sampai kat rumah baru aqil cakap nak wee wee. Pasal poo poo pulak memang aqil dah terror. Toilet bowl yang dulu sangat menakutkan, sekarang dah jadi kawan baik..hehe....bila nak poo poo intonasi dia macam ni " ibu, aqil nak waa waa dah tak tahan ni" . Apa lagi, ibu kalau dengar dia cakap " dah tak tahan ni" tengah baru nak tidur pun akan melompat bawa dia ke toilet, angkat dia untuk duduk atas toilet bowl. Pastu tunggu laaa dia sampai sudah. Sebab aqil masih tak boleh basuh sendiri. Sebenarnya boleh je kalau dibiarkan cuma tahap kebersihan tu tak berapa nak yakin...:)

Tidur malam pula, saya akan pastikan aqil ke toilet sebelum tidur. Setakat ini, aqil 3 kali basahkan tilam. Tapi saya tak kisah sangat sebab tilam tu dah atas dengan bedsheet protector. So tilam dah double layer. Senang buka dan basuh je bedsheet dan bedsheet protector.

Bagi saya aqil dah pass potty train. Yang penting dah tak payah belikan diapers untuk aqil...lega mak....hehe....alhamdulillah.....

Jom tengok keletah terbaru aqil....

bersiap nak pergi tengok Iron Man
Peace!!:)

aqil di kampung main baling batu kat parit besar
kat kampung lagi

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Sunday, 5 May 2013

Solid Food : Food processor atau blender biasa

Assalamualaikum.

Memandangkan esok adalah hari cuti. Malam ini boleh laa rewang rewang di internet sambil update blog. Si kecil Ariq pun dah tidur lena. Penat petang tadi round Mentakab dan Temerloh meninjau keadaan sekitar sepanjang hari mengundi di sini.....chewah...en asben yang excited lebih sebab first time mengundi..opppssss...hihi..ingat lagi 5 tahun lepas masa orang sibuk-sibuk nak mengundi kitorang sibuk dengan persiapan kahwin. Hari mengundi tu hari kitorg fitting baju kawen...hehehe...kenangan :)

Ok. Sebenarnya tengah pening kepala nak memilih blender atau pun food processor untuk membuat makanan Ariq. Ariq dah pun masuk 7 bulan dan dah start makan solid food dari umur 6 bulan lebih hari tu. Cerita nya bila saya plan nak buat stok solid food ariq.  Sama macam masa aqil dulu , saya just guna je blender panasonic yang dah ada tu untuk blend stok makanan aqil. Sebelum itu kena make sure laa blender tu basuh bersih2 siap rendam ngan air panas lagi nak hilang rasa pedas dan bau nya...hihihi ...gamble je saya ni kan..Tapi alhamdulillah, tak ada pulak aqil kena sakit perut ke apa ke. jadi dengan confident nya , saya nak guna blender tu je untuk buat stok solid food ariq pula. Tengah2 duk blend cili kering hari tu (oppsss, cili kering bukan stok makanan ariq ye, jangan salah faham pulak...heheh) , nak buat stok untuk masak laaa...sebab memang saya akan blend semua bahan2 untuk masak sebulan sekali ikut stok. So bila balik kerja senang, just campak2 je bahan2 yang dah siap blend. Mudah kan? Berbalik kepada blender tadi, cili di blend dah tak hancur. Bila tekan on, motor blender berpusing tapi pisau tak berpusing, so saya buat kesimpulan blender tu dah rosak. Ye laa 7 tahun kot pakai, dah tiba masa untuk ganti baru. Mak saya cakap boleh repair lagi tu tukar blender punya tapak je RM10 je...hmmm...ye laa...

Walau macam mana pun still dalam kepala otak ni nak beli blender baru.(ngengadakan? hihi)...En Asben cakap beli blender biasa je laa kan. Kalau beli yang baby punya nanti bukannya nak pakai lama. Hmmm..betul jugak. Tapi senang nak blend kena pulak yang ada steamer sekali. Tak payah nak susah2 bangun seawal 4 pg nak steam, rebus dan lenyek manually makanan ariq. Antara brand yang saya dah jatuh cinta ialah Philips Avent Steamer and Blender...
Philips Avent Steamer and Blender

atau ini Philips Avent Mini Blender.
Philips Avent Mini Blender

tapi biasa laa brand Avent ni mahal setanding laa kualitinya. Dan barang2 Avent ni memang khas untuk baby food. Garu kepala laa jugak nak beli tu..blender je pun. Survey punya survey jumpa pulak yang ni brand Philips jugak.
Philips Mini Blender

Nampak macam sama dengan Philips Avent Mini Blender. Cuma harganya lebih murah dari Avent. Petang tadi round Sen Heng dan Courts nak cari Philips Mini Blender ni tapi tak ada jual kat situ. Tak banyak pilihan pun tadi. Nanti kena cari kat KL jugak laa. Dari review yang saya baca, first choice saya kat atas tu memang berbaloi laa kalau beli. Tengok kat youtube pun sangat praktikal penggunaannya. Saya boleh steam dan blend tak sampai setengah jam, makanan dah siap boleh packing terus. Tapi macam yang en asben cakap tadi, pakai tak lama nanti Ariq dah besar dah tak pakai dah kan...Tapi biasa laa saya ni kalau dah nak sesuatu tu kan....(dalam hati boleh guna untuk adik2 ariq nanti..hihi....cheee adik2??).....ooppppssss

Jadi masih dalam pencarian nak beli yang mana satu. Apa apa pun still kena ikut my asben kalau dia kata on on laa...kalu tak...tak laaa...hihi....dalam proses memujuk nak dapatkan yang atas sekali tu...hihi....jadi kalau ibu ibu aa terbaca/terlintas kat sini, mintak pendapat kalian ye....:)

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095



Part 2 : Mengajar anak menggunakan tandas

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu. Hari ni saya nak sambung cerita pasal potty train Aqil. Masuk minggu ni dah hampir 3 minggu start train Aqil ke tandas. Alhamdulillah nak train Aqil tak susah. Di skul, Aqil hanya dibekalkan sehelai diapers. Saya pesan siap2 kat cikgu dia setiap sejam sekali tnye samada nak ke toilet ke tak. Kalau ngan saya, saya akan tanye setiap setengah jam sekali sampai Aqil pun bosan agaknya sbb ibu nya asik suh ke toilet je...hihi

Kat skul setakat ni hanya sekali je cikgu bgtau yg aqil terbocor dlm seluar. Tu pun lepas beberapa hari ke skul tanpa diapers. Cumanya saya pesan kat cikgu dia suh pakaikan diapers bila nak balik sebab takut terlepas dlm kereta. So esok nak start praktis utk free diapers sampai ke rumah pulak. Kena make sure before masuk keta dah buang dulu. Hmmmm....yakin2...hehe....

Kat rumah aqil dah boleh dikatakan 90% pass utk ke toilet sendiri. Ye laa kadang terlupa jugak nak tanye untuk ke toilet. Aqil sendiri akan ke toilet bila terasa nak buang air kecil atau besar. Cuma buang air besar atas lantai toilet. Toilet bowl tu bg aqil sgt menakutkan...haha... Tapi bila ayah tak ada atau ibu tertidur masa nak tidurkan adik...dan aqil tinggal sorang ngadap katon, ada 2 kali terlepas atas lantai. Tau2 suar da basah. Mungkin takut nak ke toilet bila tinggal sorang2. Hmmmm.... So far saya boleh katakan yang aqil memang boleh ke toilet sendiri pasni...suka ibu.. Target saya sebelum raya puasa tahun ni aqil dah totally free diapers. Insya allah ..aminnnnn..

Ni dia hennsem boy ibu yang berposing sambil amik vit c chewable kesukaan dia. Kadang kalau ibu terlupa nak bagi, dia yang igtkan. Sebelum tidur mesti makan vit c chew ni sebiji baru boleh tidur.


Suka nya mkn vit c chew tu...

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Tips : Menyembunyikan Jerawat

Assalamualaikum all,

Tentu anda semua sudah pun selesai mengundi untuk menentukan pucuk pimpinan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kepada yang masih beratur gigih menunggu giliran diucapkan selamat mengundi dan harap bersabar. :) Hari ini saya akan kongsikan tips atau cara kita pudarkan atau sembunyikan jerawat. Kadang kadang jerawat ini akan tumbuh bila masa kita nak menghadiri majlis majlis keraian atau sebagainya. Wlaupun saya bukanlah kaki make up tapi untuk anda, saya kongsikan tips ini untuk dicuba. Mungkin sedikit sebanyak membantu anda menyembunyikan jerwat di muka. Good Luck! :)

menyembunyikan jerawat


3 tips berikut adalah pilihan terakhir anda, iaitu menyembunyikannya! Ya, beberapa tips berikut memang tidak dapat menyembuhkan, tapi setidaknya kehadiran jerawat tersebut tidak mencacatkan penampilan anda.
Sebelum mencuba tips tersebut, cucilah muka bersih-bersih

3 tips untuk menyembunyikan jerawat yang dicadangkan oleh Cosmetic Skin & Surgery Center:

1. Gunakan Concealer
Pertama sekali ialah dengan memakai concealer sebagai dasar atau base make up. Dengan memakai concealer pada bintik jerawat, kita dapat mengurangkan dan memudarkan jerawat. Setelah memakai Concealer, ratakan dengan span nipis. Jangan gunakan concealer terlalu tebal kerana muka akan nampak pelik dan orang akan perasan akan kehadiran jerawat tersebut.

2. Gunakan Foundation
Kedua ialah memakai foundation. Caranya sama seperti cara memakai concealer. Sapukan foundation secukupnya dan jangan terlalu tebal. Ratakan dengan span.

3. Bedak non-oil
Langkah berikutnya adalah menggunakan bedak non-oil yang tidak mengandung minyak untuk menutup permukaan kulit wajah yang ditumbuhi jerawat. Bedak yang tidak mengandung minyak akan membuat wajah anda nampak lebih natural. Pakai brush muka yang berukuran agak besar untuk menggunakan bedak ini agar lebih rata.

Kini, penampilan anda akan lebih baik. Meskipun jerawat tidak dapat dihilangkan pada masa darurat, namun setidaknya anda telah melakukan sesuatu untuk menutup si jerawat tersebut dan jangan lupa agar segera mencuci wajah anda pada malam hari. Jangan biarkan bahan kosmetik menempel pada wajah anda terlalu lama untuk menghindari wajah anda dari masalah lain pula. Akhir sekali, anda tak perlu merasa risau kerana jerawat yang muncul disaat – saat penting karena jerawat akan muncul pada wajah sesiapa saja tanpa terkecuali, walaupun artis sekalipun. :-)


Tips di atas adalah untuk jangkamasa pendek menyembunyikan jerawat. Tapi untuk anda yang masih mencari cari produk untuk menghilangkan jerawat seterusnya memudarkan parut jerawat, cubalah ESP. Minuman soya yang sangat bagus untuk kesihatan kulit, kuku dan rambut. Lihat testimoni di bawah :




"Dulu setiap kali period memang akan keluar jerawat kat muka ni, tapi sejak 3 bulan amalkan ESP, jerawat malu2 je nak tumbuh terutama masa kawan baik kita tu datang kan. Parut jerawat pun semakin pudar. Tak sabar nak tunggu muka licin macam dulu2. Thanks Shaklee. Thanks ESP. :)"



Apa tunggu lagi? Hubungi saya sekarang. Harga istimewa dan freegift menanti anda. :) Oh ya kalau anda nak beli direct dengan Shaklee, boleh gunakan Id saya 912982 untuk harga yang menarik :)


  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095
 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI