Sunday, 5 May 2013

Solid Food : Food processor atau blender biasa

Assalamualaikum.

Memandangkan esok adalah hari cuti. Malam ini boleh laa rewang rewang di internet sambil update blog. Si kecil Ariq pun dah tidur lena. Penat petang tadi round Mentakab dan Temerloh meninjau keadaan sekitar sepanjang hari mengundi di sini.....chewah...en asben yang excited lebih sebab first time mengundi..opppssss...hihi..ingat lagi 5 tahun lepas masa orang sibuk-sibuk nak mengundi kitorang sibuk dengan persiapan kahwin. Hari mengundi tu hari kitorg fitting baju kawen...hehehe...kenangan :)

Ok. Sebenarnya tengah pening kepala nak memilih blender atau pun food processor untuk membuat makanan Ariq. Ariq dah pun masuk 7 bulan dan dah start makan solid food dari umur 6 bulan lebih hari tu. Cerita nya bila saya plan nak buat stok solid food ariq.  Sama macam masa aqil dulu , saya just guna je blender panasonic yang dah ada tu untuk blend stok makanan aqil. Sebelum itu kena make sure laa blender tu basuh bersih2 siap rendam ngan air panas lagi nak hilang rasa pedas dan bau nya...hihihi ...gamble je saya ni kan..Tapi alhamdulillah, tak ada pulak aqil kena sakit perut ke apa ke. jadi dengan confident nya , saya nak guna blender tu je untuk buat stok solid food ariq pula. Tengah2 duk blend cili kering hari tu (oppsss, cili kering bukan stok makanan ariq ye, jangan salah faham pulak...heheh) , nak buat stok untuk masak laaa...sebab memang saya akan blend semua bahan2 untuk masak sebulan sekali ikut stok. So bila balik kerja senang, just campak2 je bahan2 yang dah siap blend. Mudah kan? Berbalik kepada blender tadi, cili di blend dah tak hancur. Bila tekan on, motor blender berpusing tapi pisau tak berpusing, so saya buat kesimpulan blender tu dah rosak. Ye laa 7 tahun kot pakai, dah tiba masa untuk ganti baru. Mak saya cakap boleh repair lagi tu tukar blender punya tapak je RM10 je...hmmm...ye laa...

Walau macam mana pun still dalam kepala otak ni nak beli blender baru.(ngengadakan? hihi)...En Asben cakap beli blender biasa je laa kan. Kalau beli yang baby punya nanti bukannya nak pakai lama. Hmmm..betul jugak. Tapi senang nak blend kena pulak yang ada steamer sekali. Tak payah nak susah2 bangun seawal 4 pg nak steam, rebus dan lenyek manually makanan ariq. Antara brand yang saya dah jatuh cinta ialah Philips Avent Steamer and Blender...
Philips Avent Steamer and Blender

atau ini Philips Avent Mini Blender.
Philips Avent Mini Blender

tapi biasa laa brand Avent ni mahal setanding laa kualitinya. Dan barang2 Avent ni memang khas untuk baby food. Garu kepala laa jugak nak beli tu..blender je pun. Survey punya survey jumpa pulak yang ni brand Philips jugak.
Philips Mini Blender

Nampak macam sama dengan Philips Avent Mini Blender. Cuma harganya lebih murah dari Avent. Petang tadi round Sen Heng dan Courts nak cari Philips Mini Blender ni tapi tak ada jual kat situ. Tak banyak pilihan pun tadi. Nanti kena cari kat KL jugak laa. Dari review yang saya baca, first choice saya kat atas tu memang berbaloi laa kalau beli. Tengok kat youtube pun sangat praktikal penggunaannya. Saya boleh steam dan blend tak sampai setengah jam, makanan dah siap boleh packing terus. Tapi macam yang en asben cakap tadi, pakai tak lama nanti Ariq dah besar dah tak pakai dah kan...Tapi biasa laa saya ni kalau dah nak sesuatu tu kan....(dalam hati boleh guna untuk adik2 ariq nanti..hihi....cheee adik2??).....ooppppssss

Jadi masih dalam pencarian nak beli yang mana satu. Apa apa pun still kena ikut my asben kalau dia kata on on laa...kalu tak...tak laaa...hihi....dalam proses memujuk nak dapatkan yang atas sekali tu...hihi....jadi kalau ibu ibu aa terbaca/terlintas kat sini, mintak pendapat kalian ye....:)

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095



0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI