Saturday, 13 July 2013

Masker muka terbaik : Rahsia Alam Semulajadi

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi bab yang santai2 je. 3 hari lepas saya menghadiri kelas personal grooming untk 2 hari. Training diberi oleh www.murshidahsaid.com 
Sangat2 memberi kesan pada mereka yang ingin melakukan perubahan sama ada dalam kerjaya, keluarga dan hidup secara amnya. Banyak yang terkesan dari training ni. Antara subjek yang menarik perhatian saya ialah :

1. Cara buat face/body mask dan face/body scrub. Kalau mask dan scrub kat kedai tu, biasala kan. Sebenarnya saya pun tak pernah pakai mask dan scrub ni sbb kulit muka ni saangat sensitif tak boleh pakai sembarangan produk. Tapi yang ni adalah home made face mask dan scrub yang mesti anda semua tak percaya bahan2 ni boleh dapat dari dapur kita je.

2. Cara diet yang berkesan. Yang ni mmg berkesan kalau kita betul2 amalkan. 6 bulan dah boleh nampak kesan. Senang je tak susah pun nak kurus.

Bila buat post pasal ni nanti tak de laa saya lupa. At least bila teringat boleh jenguk semula. Dan juga boleh dikongsi bersama. Mana tau berkesan untuk anda yang nak kulit cantik, gebu dan licin.

Okay, hari ni saya nak kongsi cara buat face/body mask and scrub dulu.

Home made face scrub

Bahan - bahannya :

1. 1 tablespoon honey (pilih organic).
2. 1 tablespoon olive/argan oil.


Saya pilih Argan oil.
3. 1/2 tablespoon lemon juice (if kulit oily, lebihkan lemon juice).


Lemon
4. 2 tablespoon fine sugar (white/brown) - yg ni mcm yg kat oldtown gula packet tu.


Fine sugar (white)

Cara membuatnya :

1. Ambil mangkuk kaca dan sudu pastik, masukkan bahan 1 hingga 4 dan kacau hingga sebati.
2. Ambil sedikit2 hasil campuran tadi dan sapu rata pada muka.
3. Bilas bersih2 dengan air.
4. Pakai face mask.

Home made face mask.

Bahan - bahannya :

1. 1 tablespoon honey ( kalau boleh pilih yang organic punya sebab madu2 kat supermarket tu kebanyakan dah campur gula )



Organic honey (gambar hiasan)
2. 1 tablespoon cinnamon ( yang ni bila cakap cinnamon ape benda laa kan, serbuk kayu manis yang byk terdapat kat kedai2 )





Cara membuatnya :

1. Ambil mangkuk kaca dan sudu pastik, masukkan bahan 1 dan 2 dan kacau hingga sebati.
2. Ambil sedikit2 hasil campuran tadi dan sapu rata pada muka.
3. Tunggu 30 minit dan bilas.

Nota : Bagi mereka yang pertama kali mencuba mungkin akan terasa gatal atau tidak selesa di muka. Itu adalah normal. Buat at least seminggu sekali dan akan rasa kesannya.

Selamat mencuba!!



  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI