Monday, 30 December 2013

Tadika USJ : Berapa umur anak untuk di hantar ke tadika?

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari ke 2 terakhir dalam tahun 2013. Pejam celik, pejam celik je dah hujung tahun. Kejap je lagi dah nak masuk 2014. 

Rewind 2013. Melihat anak anak membesar depan mata merupakan satu nikmat tak terhingga. Alhamdulillah...syukur di atas nikmat Mu Ya Allah. 

Aqil bercakap dah petah. Pandai pulak buat ayat memujuk masa nak kan sesuatu. Kuat melompat. Dari atas sofa ke lantai dah tak jadi masalah. Berlari pun kuat. Dah berani naik gelongsor tanpa bantuan ibu atau ayah. Pandai pegang pensel/pen dalam keadaan betul untuk menulis. Dan yang paling ibu nya teruja, Aqil dah pandai tulis nama sendiri. Alhamdulillah....Mudah mudahan, tahun 2014 ni Aqil dah mula menghafal Al Fatihah dan ayat2 pendek dalam Al Quran. Tak tahu nak decide nak hantar tadika mana untuk Aqil ni. Setakat ni ada 4 pilihan. Setiap nya perlu di titik beratkan yuran bulanan dan tahunan, overtime bila terlambat ambil dan jarak dari taska Adik.

1. Dzuliman Smart Khalifah USJ9 - Tahunan rm 1500, Bulanan rm 430, campur adik rm350 = rm 780 (pengsan tak bangun2 ni, tapi environment mmg sangat ok, ustazah peramah, yang tak tahan sebab overtime start pukul 6pm...kalau terlebih 5minit pun di kira 1 jam, part ni saya tak setuju, awal sgt....huh)

2. Dzuliman Smart Khalifah USJ6 - Tahunan lebih kurang kat atas, Bulanan xingat, rasanya murah rm 10 sebab  kelas tak de air cond. Campur ngan adik jadi rm770 ( ni senang , dekat ngan adik sebab adik pun kat usj6, tp part overtime sama gak dah cawangan je kot ngan tadika kat atas)

3. Tadika Little Chaliphs USJ 2 - Tahunan tak sampai rm900 (dapat diskaun rm50 sebab cakap kat owner kawan yg rekomen (thanks hanim, mamy Aira),Bulanan rm 380. Campur adik jadi rm 730 (yang ni yuran macam ok sikit, tp ayah pulak tak suka sebab tepi jalan (Persiaran Kewajipan) , sangat bising, panas , dan kawasan denggi pulak...petang2 tak boleh main playground...hmmm...acaner)

4. Taska Impian Erisya USJ6 - Tahunan rm1100, Bulanan rm400, campur adik jadi rm 750 ( ni taska aqil yang sekarang, suma sekarang aqil tak masuk kelas, kalau nak masuk kelas tambah rm100 dan yuran tahunan. Boleh jugak hantar ke sini sebab satu tempat ngan adik. overtime 630pm dan accumulate...Kiranye kalau sehari lewat 5minit akan dicampur dengan hari2 lain yang lewat sampai cukup 1 jam baru dia akan caj)

Kalau ikut yuran bulanan kat USJ ni memang sangat3 mahal bagi saya. Tapi apakan daya dah kerja pun kat sini..takkan nak hantar Klang, Bangi ...yang jauh lebih murah lagi... Huuhu...di sini mak pasrah....Ibu ayah ada masa 2 hari lagi nak decide hantar tadika mana....

Korang pulak macam mana anak umur 4 tahun dah hantar tadika ke?

6 comments:

  1. Salam perkenalan, kami pun tengah pening lg nak hantar mana.. pilihan utama juga dzul iman, hanya kerana cikgunya semua ustazah, peramah dan lembut je. Bagi saya priority bagi seorang guru yang mendidik anak-anak kita ialah akhlak guru itu, kerana itu yang akan dicontohi anak-anak, lebih pada pembelajaran di dalam kelas. Harapnya bila guru memberatkan akhlak, dia juga boleh menjaga pengaruh rakan-rakan. Tak kira lah genius aulad, little caliph, brainy bunch, CIC, yang penting guru yg mendidik di situ.. huhu pendapat peribadi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga. Betul pendapat Ummu Thahirah tu...Akhlak guru penting untuk beri contoh yg baik untuk anak2 xkira di mana2 pun...:) Terima kasih singgah.

      Delete
  2. Puan...sy nak tanya anak puan yg kedua tue puan hantar di taska mana di usj nie...sbb sy tengah mencari taska utk anak sy yg berumur 1 thn...RM350 tu adakah termasuk dgn OT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan. Taska di usj 6. Harga tak termasuk ot sejam rm5..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum

    Saya Basit, bekerja SEPENUH MASA dengan COWAY MALAYSIA sejak tahun 2013 dalam bidang Sales.
    InsyaAllah dengan pengalaman yang saya ada ,saya boleh bagi khidmat Rundingan yang TERBAIK untuk anda sekeluarga. Saya berharap ramai lagi keluarga yang saya boleh bantu bagi mendapat air yang bersih dan Alhamdulillah selama 2 tahun ini saya telah berjaya membantu hampir 2000 buah keluarga di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak.

    Adakah anda masih tercari-cari jenama dan alat penapis air untuk menapis air di rumah anda?

    Jawapannya ada disini, Anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan penapis air keluaran Coway.

    Dijamin HALAL
    Dijamin BERSIH
    Dijamin SELAMAT

    Kekotoran di dalam air memang anda tidak dapat lihat dengan mata kasar, namun minum air yang kotor dan mempunyai kandungan klorin yang tinggi, dapat membahayakan anda dalam jangka pendek atau jangka panjang.

    Bertukarlah sekarang.. Dengan penapis air coway anda bukan sahaja boleh menikmati air bersih lagi halal, anda juga boleh mendapatkan penjimatan elektrik dan wang.

    Apa tunggu lagi, dengan pembelian Penapis air atau produk coway anda akan menikmati;

    1. servis percuma sehingga 5 tahun
    2. penukaran alat ganti secara percuma
    3. penghantaran produk secara percuma
    4. pemasangan percuma

    * nikmati servis 6 kali setahun dan jaminan percuma sehingga
    5 tahun.

    * ikut terma dan syarat pembelian

    harga sewa beli serendah RM120

    hubungi saya untk keteragan lanjut basit 0126204953 sekarang. promosi menarik menunggu anda..

    Hanya Untuk Orang Yang Penting Kan Kesihatan Dan Quality
    Great Product Always Come With Excellent Services



    "PENAPIS AIR ANDA ADA SIJIL HALAL KE..?? "

    " PENTING KE SIJIL HALAL PADA PENAPIS AIR..?? "

    Jawapan :

    ~ MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU~

    COWAY telah mendapat sijil Pengiktirafan HALAL dari Lembaga Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2010 lagi sehingga kini.

    Ini kerana, COWAY sentiasa menitikberatkan tahap kualiti kebersihan dari segi pemprosesan dan pembuatan terutamanya kepada Masyarakat ISLAM yang juga MAJORITI penduduk di Malaysia.

    1. Tiada Material Merbahaya
    2. Tiada Penggunaan TULANG BINATANG.
    3. Tiada kesan kepada ALAM SEKITAR.
    4. Tiada kesan sampingan terhadap pengguna.

    Bayangkan .. selama ini anda telah membekalkan Air minuman yang anda sendiri tidak pasti tahap HALAL & Kebersihannya kepda keluarga.. bagaimana..?

    Untuk tempahan PENAPIS AIR COWAY secara BELI/ SEWA BELI, SIla Hubungi terus ke :-

    012-6204953 Basit Taharuddin

    BEST COWAY'S CONSULTANT 2013 & 2014

    ReplyDelete
  4. Salam puan, saya tgh mencari pusat jagaan bayi yg berumur 3 bulan dkt USJ. Ada tak diantara yg puan senarai ni mjaga bayi 3 bulan? Kalau ada cadangan lain pun okay.

    ReplyDelete

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI