Wednesday, 9 July 2014

Susun Atur : Jimat Ruang Di Ruang Dobi

Assalamualaikum..

Salam 11 Ramadhan hari ni. Baru nak up entry yang dah lapuk ni. Space saving rack ni beli kat mydeal.com dengan harga RM86. Saya beli ni khas untuk ruang membasuh yang dah serabut dah sampai nak lalu pun terlanggar itu ini. So space saving rack ni lah solutionnya. Tengok gambar kat bawah ni, saya snap masa parcel baru sampai. Punyalaa excited nak mula projek. Hehe...

Space Saving Rack
Gambar sebelum area membasuh saya terlupa nak snap, bila dah clear semua baru teringat nak snap. Tapi elok jugaklaa. Tak lalu kot nak letak sini takut korang ngigau tgk ....hehehe.. 

Ok..takyah laa cite panjang2 meh tengok output dobi area saya setelah ditransform. Hanya menggunakan space saving rack ni sahaja.

Bawah ni gambar close up. Pencuci yang dipakai hari2 saya letak atas sekali. Dynamo dengan pencuci baju baby yang kale hijau tu. Sebelah tu bakul biru saya letak stok segera macam refill sabun mandi dettol 1 packet, johnson 1 packet, dynamo 1 packet. Dan ada lagi space kat situ saya letak pencuci lantai, clorox dan cuka kat situ. Jadi bila dah ada stok kat situ siap2, senang asben nak amik bila dah habis just amik refill kat sini je takyah korek storage. Oh ya, stok banyak2 tu saya simpan tempat lain dalam storage box. Ada 3 kotak semuanya...Nanti saya upload kat sini. :)

Tingkat bawah pulak saya letak towel yang dah tak pakai/buruk untuk dibuat alas kaki atau kain lap. Sebelah tu just bekas kosong akan dipindahkan ke tempat lain nanti. So kat situ nampak lapang laa just towel tu je kat situ nanti. Owh nampak tak ada kertas surat khabar lama kat atas bekas putih tu? Kertas tu untuk lapik tong sampah. So senang nak amik sebab plastik sampah pun saya letak kat ruangan ni. Tengok gambar next...

Close Up Space Saving Rack
Okay, ni gambar jarak jauh yang mampu diambil untuk ruangan ni. Sebelah tu ada tetingkap letak grill. Plan nak letak shower curtain sebagai langsir nanti. kat situ saya sangkut bakul baju2 kotor. Tak suka letak bawah nampak semak. So sangkut guna S hook yang saiz besar untuk segala baldi, bakul baju budak dan bakul baju dewasa. Warna memang tak seragam sebab konsep taknak membazir guna apa yang ada. Bakul merah tu en asben punya dari masa bujang, yang biru saya punya dari zaman belajar dulu (lama tak) ..hehe..bakul2 tu semua elok lagi....Memang saya guna balik je untuk letak baju kotor. Yang baldi tu pulak sama laa memang harta benda yang diguna balik dari zaman bujang lagi...heheee...kalau ikut hati memang nak tukar bakul serba putih 4 segi susun kat situ. Tak pun rak beroda yang boleh tarik2 untuk letak baju kotor kat situ. Tapi...tapi ....tapi....biarlaaa camtu...kira oklaa ni dari sebelum ni sume sepah kat bawah je....heeeee

Pandangan depan dari pintu.
Next gambar ni sebelah bakul2 tadi. Jarak jauh ke pintu. Ada gap dari bakul2 tadi dalam sedepa gitu. Saya letak plastik sampah, penyapu dan penyodok, mop dan berus lantai. Kiranya buka je pintu terus nampak. Sebab senang nak ambil dan letak balik kat situ. Plastic tu saya sangkut menghadap ke mesin basuh, ada ruang sikit kat situ. Jadi bila nak amik plastik sampah boleh terus amik surat khabar lama yang saya kata kat atas tadi tu....

Ruang gantung.
Tu saja cerita ruang dobi saya. Next update bila dah tambah curtain nanti akak saya upload, kalau tak lupa...heee....Sharing is loving.. Camana pulak susun atur ruang dobi korang..Meh kongsi2...

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

4 comments:

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI