Wednesday, 27 March 2013

Part 1 : Mengajar anak menggunakan tandas

Cerita pasal potty train aqil pulak hari. Sebenarnya dah lama berniat nak potty trainkan aqil since ariq belum lahir lagi. Target 2 tahun nak ajar dah. Tapi sebab byk sgt tapi niat pun tertangguh2 sampailaa sekarang baru nak serius ajar aqil ke toilet. Betulla seperti dalam kebanyakan blog yang saya baca mengatakan potty train memerlukan kesabaran dan kerjasama ayah dan ibu dan juga si anak. Bila anak dah betul2 bersedia utk di pottykan 
, kerja jadi mudah.

First day 23 mac 2013, saya tak pakaikan aqil diapers dia start dari pagi tu lepas mandi pagi. Setiap setengah jam mmg saya akan tanya dia nak wee ke x , nak poo ke x? Sampai aqil pun naik rimas kot..haha..yela ibunya ni takut kang terlepas kat mana2 kang...2 ke 3 kali jugak bila ibu ajak ke tandas mendatangkan hasil. Sebagai reward ibu bg main game dia ni. 

Memula tu tak pakaikan diapers pesan siap2 suh bgtau "aqil kan good boy, nanti nak kencing cakap kat ibu ye, nanti ibu dukung ke toilet" . Dia pun angguk2 laa tanda faham. Ade sekali petang tu mintak tlg ayah hantarkan ke toilet" ayah ni tanak dutung tu aqil da tencing daaa..." Ni terlepas kat dlm seluar potty train dia. Kira nya tak terlepas ke lantai laa...Malam tu pulak , sebelum tidur, saya pastikan aqil wee wee dulu. Dan alhamdulillah sampai ke pagi aqil kering.

Pagi tadi bangun tido, alamak terlepas pulak atas lantai. Saya pulak tgh mengemas. Baru ajak " jom g kencing jom, daa kuar dah...aisey....xpe2 ..sambil bersihkan lantai, saya cakap kat dia, xpe lain kali kalau aqil nak kencing g toilet eyh.... Dia pun angguk2, bila cium...
Hari ni tadi saya pakaikan diapers sebab nak keluar, so tertangguh laaa potty train kali ni. Lagipun aqil x berapa sihat pulak. Balik dari beli barang tadi, aqil muntah. And nak jadikan cerita, masa mandi petang tadi aqil terlepas poo poo kat dlm bilik. Adeh...dia sakit perut, patut cakap nak berak tp dia menjerit. Masa tu tadi dengan ayah nya. Ayah x faham signal aqil so tu yang terbocor tu.... Takpe aqil tgh xsihat lagi...sakit perut dan pening kepala....aqil oh aqil, lain kali sakit perut kena cakap bukan menjerit..hehehe...so sampai sini dulu potty train aqil...tu  dua2 hero dah pun lena di ulit mimpi. Ibu saaaayang aqil dan ariq tau. Be a good boy....no notty2 k...mmmuuuahsss....esok kita train lagi ye sayang.....:)
Gelap eyh gambar ni...dua 2 da tido...aqil ni tido mesti nak kat sebelah adik..sayang adik katenye..heehe....kalau adik hilang mulaalaa mencari.

Okay...daaaa....

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Monday, 25 March 2013

Pengurusan Susu Ibu di Pejabat

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan cara saya mengurus perahan susu ibu di pejabat. Mengepam susu sudah menjadi rutin harian saya di pejabat. Ini untuk memastikan stimulation berlaku dan untuk menyediakan bekalan susu untuk di hantar ke taska.

Selalunya saya akan mengepam 2 kali sehari di pejabat. ukul 1130 pagi dan pukul 430 petang. Kalau ada meeting atau kerja di luar pejabat, saya akan ejas masa supaya saya dapat pam 2 kali jugak pada hari itu.

Gadget yg perlu ada ialah botol susu, cooler bag dan pam susu. Bagi korang yg pandai marmet tak perlu pun pam. Tapi saya tak pandai mmg fail je time buat marmet. Cooler bag diperlukan untuk travel susu perahan dari ofis ke rumah. Saya hanya bawak 2 ais pack untuk sejukkan susu di dalam cooler bag.

Ini ialah gadget pengepaman saya di ofis. Ni tgh beroperasi sambil update entry blog. Hehe...

Beg gadget. Suka beg ni sebab besar boleh muat pam, botol dan  ais pack. 
Hasil tuaian pagi ni kat opis. Alhamdulillah..

6 oz masuk dlm plastik untuk dijadikan stok beku.(biasa letak 2 oz ke 3oz dlm satu bekas untuk sekali minum), ni sebab liner da abis so masuk semua terus dalam satu liner....

Okay lepas dah pam gadget tak payah laa basuh. Simpan terus dalam cooler beg atau peti ais untuk next pam pulak. Kat opis ni ada bilik menyusu sebenarnya dan dah disediakan petis ais kat situ. Tapi disebabkan kemalasan, saya just pam kat cubicle je. Cover la dengan shawl....hehe.....alaaa derang pun da faham. Lagipun opismate sebelah saya pun pam jugak. Ada laa geng kan....untuk join masa pumping session tu.

Lepas dah letak dlm liner, simpan susu dalam cooler bag jugak atau masuk peti ais bawah kat opis. Saya just simpan dalam cooler bag kat atas je. Lgpun perjalanan opis ke taska ke rumah tak sampai 1 jam jadi susu selamat lg ais pack pun tahan 8 jam dalam cooler bag. Samapi je rumah, mula mula sekali simpan susu terus dalam peti ais bawah. Kena ingat ni sebab saya pernah sampai ke pagi terlupa nak masukkan susu dalam peti ais. Ni masa zaman aqil dulu laa....sekarang insyaa allah belum pernah lagi. 

Jadi untuk ibu ibu semua, senang je kan nak manage susu ibu kat opis. Selamat mengepam ibu2 semua. Dan jgn lupa. Senyummmm.....:)

Lots of love,
Natrasha Wellness
019 620 1757






















Thursday, 14 March 2013

Tips : Masa digalakkan untuk minum air

Air merupakan sumber terpenting dalam kehidupan seharian. Di samping mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau supplement semulajadi Shaklee, minum air secukupnya merupakan asas penting untuk kehidupan yang sihat dalam menentukan keberkesanan supplement yang di ambil.

Di ofis, saya memang akan habiskan 3 x botol 900ml ni agar penghasilan susu memberangsangkan. Dulu memang nak habiskan satu botol ni pun saaangat susah. Sejak menyusukan aqil minum 3 botol air suam dah menjadi kebiasaan. Tekak ni asyik haus jee kalau tak cukup....hehe pastu malam akan top up lagi 1 atau 2 botol ni jugak...:)


Inilah botol yang mesti ada ke mana2 sya pergi..:)





Masa yang digalakkan untuk minum air adalah :

1. Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

3. Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4. Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

sumber


Monday, 11 March 2013

Set Penyusuan Optimum Shaklee


Set di atas merupakan set optimum yang dicadangkan sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan. Ramai yang telah berjaya meningkatkan pengeluaran susu dari 0.5 oz ke 5 oz hanya dalam masa 10 minit! Mari kita lihat bagaimana supplement tersebut mampu membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.

ESP
adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Ada juga customer yang mengatakan payudara akan cepat penuh (engorge) setelah mengamalkan ESP sehingga susu terpaksa dipam walaupun baru selesai direct feeding. Ingat! Milk production memerlukan fat, water dan protein. Maka, ESP perlu ada dalam senarai milk booster supplement anda. Tips: Campurkan ESP bersama susu segar sebagai sarapan atau snek in between meals. Ramai customer dari kalangan wanita bekerjaya memberikan testimonial, susu yang dipam akan lebih banyak dari biasa berbanding dengan pengambilan makanan lain ketika sarapan.


Vita-Lea pula selain melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu, ia juga mengandungi tambahan formula iron untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan iron atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan milk supply? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan iron dan nutrient lain dalam badan adalah mencukupi.

Stress merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatka perkembangan otak bayi.

Seperti B-Complex, Vita-C adalah water soluble di mana kombinasi antara 2 vitamin ini  mampu meningkatkan penghasilan susu ibu up to a certain point. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vita-C akan meningkatkan immuniti system badan ibu, dan pada masa yang sama akan di pindahkan kepada bayi yang menyusu melalui breastmilk. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.

OsteMatrix amat diperlukan dalam diet harian untuk breastfeeding/nursing mothers. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita.

Akhir sekali, Alfalfa - herbal supplement yang mampu meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan untuk dijadikan minuman herba.


Jadi, kepada ibu-ibu yang berhasrat untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif, dapatkan set milk booster ini dari Natrasha Wellness

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pesanan.
  •     Natrah Mohd Yahaya
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness


Friday, 8 March 2013

Tips : Bila Anak Demam

Assalamualaikum.

Minggu lepas 2 hero kami demam. Isnin tu Aqil yang dulu demam. Saya basahkan kain dengan air paip campur sikit dengan larutan Basic H Shaklee, alhamdulillah tak sempat nak g klinik, demam dah kebah. Anak sulong saya ni nak makan ubat tersangat laa susah nye. Kalau nak bagi jugak mmg kena berperanglaa. Ayah pegang kaki tangan, ibu masukkan ubat kat mulut sambil pegang kepala. Memang mencabar. Itu pun kadang tak semua ubat beejaya masuk ke dalam mulut nya. Ye laa anak dah besar. Pandai je kan nak buang balik siap muntah2 lagi lepas makan ubat. Cemana laa hensem boy ibu ni nak baik kan.

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI