Monday 24 December 2018

Patin Tempoyak : PATIN PAK USOP

Assalamualaikum w.b.t

Korang suka tak makan ikan patin masak tempoyak? Semua mesti dah sedia tau yang patin tempoyak paling sedap boleh dapat kat Temerloh. Nama Temerloh tu sendiri dah sinonim dengan ikan patin kan. Kalau tak, tak mungkinlah ianya dipanggil Temerloh Bandar Ikan Patin.

Kalau di Temerloh, korang pasti tau Patin Pak Usop yang terletak berhadapan dengan Lurah Semantan. Kedai ni memang pioneer dalam masakan patin tempoyak. Korang tahu tak yang arwah Pak Usop iaitu pengasas Patin Pak Usop adalah orang yang pertama mewujudkan fenomena "Patin Periuk Besar"? Oh sudah tentu kalau korang ke Temerloh hari ini boleh dikatakan semua kedai yang menjual patin tempoyak meletakkan periuk besar di hadapan kedai mereka bukan?

Itulah serba sedikit ringkasan kewujudan Patin Pak Usop. Untuk korang yang tinggal di sekitar Lembah Klang, korang boleh dapatkan Patin Pak Usop di RMTL Ara Damansara, RMTL Sungai Buloh dan RMTL Setia Alam. Kami bernaung di bawah Restoran Romah Makan Terlajak Laris dan menyewa satu stall di situ. Selain itu kalau korang malas nak ke RMTL, korang boleh dapatkan Patin Pak Usop di Restoran The Foodbank yang terletak berhampiran dengan The Strand. Korang waze je The Foodbank Kota Damansara, In syaa Allah jumpa la dengan Patin Pak Usop :).


 
Review dari pelanggan yang berpuas hati dengan rasa dan kesedapan Patin Pak Usop

Selain itu di The Foodbank juga terdapat Pais Patin Tempoyak, Talapia Bakar Biasa, Talapia Bakar Tempoyak, Patin Goreng dan juga Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang didatangkan khas dari Batu Kikir Negeri Sembilan. 

Kalau anda nak booking dulu pun boleh, hanya WA 019 399 3916.


 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI