Monday, 30 December 2013

Tadika USJ : Berapa umur anak untuk di hantar ke tadika?

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari ke 2 terakhir dalam tahun 2013. Pejam celik, pejam celik je dah hujung tahun. Kejap je lagi dah nak masuk 2014. 

Rewind 2013. Melihat anak anak membesar depan mata merupakan satu nikmat tak terhingga. Alhamdulillah...syukur di atas nikmat Mu Ya Allah. 

Aqil bercakap dah petah. Pandai pulak buat ayat memujuk masa nak kan sesuatu. Kuat melompat. Dari atas sofa ke lantai dah tak jadi masalah. Berlari pun kuat. Dah berani naik gelongsor tanpa bantuan ibu atau ayah. Pandai pegang pensel/pen dalam keadaan betul untuk menulis. Dan yang paling ibu nya teruja, Aqil dah pandai tulis nama sendiri. Alhamdulillah....Mudah mudahan, tahun 2014 ni Aqil dah mula menghafal Al Fatihah dan ayat2 pendek dalam Al Quran. Tak tahu nak decide nak hantar tadika mana untuk Aqil ni. Setakat ni ada 4 pilihan. Setiap nya perlu di titik beratkan yuran bulanan dan tahunan, overtime bila terlambat ambil dan jarak dari taska Adik.

1. Dzuliman Smart Khalifah USJ9 - Tahunan rm 1500, Bulanan rm 430, campur adik rm350 = rm 780 (pengsan tak bangun2 ni, tapi environment mmg sangat ok, ustazah peramah, yang tak tahan sebab overtime start pukul 6pm...kalau terlebih 5minit pun di kira 1 jam, part ni saya tak setuju, awal sgt....huh)

2. Dzuliman Smart Khalifah USJ6 - Tahunan lebih kurang kat atas, Bulanan xingat, rasanya murah rm 10 sebab  kelas tak de air cond. Campur ngan adik jadi rm770 ( ni senang , dekat ngan adik sebab adik pun kat usj6, tp part overtime sama gak dah cawangan je kot ngan tadika kat atas)

3. Tadika Little Chaliphs USJ 2 - Tahunan tak sampai rm900 (dapat diskaun rm50 sebab cakap kat owner kawan yg rekomen (thanks hanim, mamy Aira),Bulanan rm 380. Campur adik jadi rm 730 (yang ni yuran macam ok sikit, tp ayah pulak tak suka sebab tepi jalan (Persiaran Kewajipan) , sangat bising, panas , dan kawasan denggi pulak...petang2 tak boleh main playground...hmmm...acaner)

4. Taska Impian Erisya USJ6 - Tahunan rm1100, Bulanan rm400, campur adik jadi rm 750 ( ni taska aqil yang sekarang, suma sekarang aqil tak masuk kelas, kalau nak masuk kelas tambah rm100 dan yuran tahunan. Boleh jugak hantar ke sini sebab satu tempat ngan adik. overtime 630pm dan accumulate...Kiranye kalau sehari lewat 5minit akan dicampur dengan hari2 lain yang lewat sampai cukup 1 jam baru dia akan caj)

Kalau ikut yuran bulanan kat USJ ni memang sangat3 mahal bagi saya. Tapi apakan daya dah kerja pun kat sini..takkan nak hantar Klang, Bangi ...yang jauh lebih murah lagi... Huuhu...di sini mak pasrah....Ibu ayah ada masa 2 hari lagi nak decide hantar tadika mana....

Korang pulak macam mana anak umur 4 tahun dah hantar tadika ke?

Tuesday, 3 December 2013

Susun Atur : Ubat ubatan

Assalamualaikum ..

Disember datang lagi. Semak balik azam 2013 yg x tercapai lagi. Yang dah tercapai Alhamdulillah. Yang belum kita semak dan masih ada masa lagi untuk jadikannya satu realiti. 😊

Okay, sebenarnya saya nak cerita pasal ubat ubatan kat rumah. Cara penyimpanan dan penyusunan di rumah untuk memudahkan untuk diambil bila memerlukan. Kebetulan pula hari ni saya ambil emergency leave sebab ariq demam dan meragam. Ni pun sambil taip sampai menyusukan. 😊

Bekas ubat ubatan yang cinonit.

Ni laa rupanya kotak simpanan ubat saya di rumah. Bekas tu beli kat Ace Hardware yang ada pemegang kat atas ala2 kotak first aid. Harga rm5. Sikit nye laaa tinggal ubat2 tu kan? Sebenarnye saya memang tak suka simpan ubat yg sama function dlm tempoh yg lama. So, bila g klinik dan dapat ubat, saya akan check sama ada sama tak dengan yg lama. Lagipun kebanyakan ubat ni hanya tahan 3 bulan je. So, xsusah laa nak manage.

Semua ubat ni adalah dalam kategori ubat makan. Untuk ubat sapu saya simpan kat tempat lain. Dalam tu kat sebelah kiri tu semua pil2 segala. Pil ciket teck aun, ubat selsema ayah, panadol semua saya letak dalam kotak kecik tu. Kotak tu sy diy dr kotak ubat. Potong bg muat2 masuk dalam bekas ni. Yg belah bawah tu sy tegakkan shringe. Guna kertas  keras yg sy dpt dari kotak powerbank.

Kotak powerbank

Lepas ni senangla nak cari ubat. Kotak ni sy hsnya letak atas kabinet dapur dan senang nampak. Okay tu saje...daa



Sunday, 15 September 2013

Bagaimana ESP membantu kurus

Assalamualaikum dan salam pagi sabtu semua,

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 50. Berdoalah semoga negara kita aman sejahtera....amiinnn...

Bebalik pada tajuk, ramai yang nak tahu bagaimana ESP Shaklee membantu untuk kurus atau menurunkan berat badan?

Di sini saya kongsikan pengalaman saya sendiri mengambil ESP selama lebih 9 bulan. Pada mulanya tujuan saya mengambil ESP adalah untuk tujuan penyusuan baby ariq yang baru lahir masa tu. Mula mula ambil ESP, saya bancuh ESP dengan air sejuk je. Rasanya sedap dan saya dah jatuh cinta dengan ESP ni. 

Bila mula bekerja, saya teruskan pengambilan ESP ni. Biasanya rutin sarapan pagi saya mestilah ada susu. Jadi untuk first try saya bancuh ESP dengan susu segar Dutch Lady. Sedap jugak. Kat ofis, dah nampak hasilnya bila mengepam memang dapat hasil yang meriah. Paling kurang 18 oz satu hari, 2 kali pam. Paling banyak boleh cecah 21 oz sehari. Alhamdulillah.....Oleh sebab tu, saya teruskan pengambilan ESP beserta 3 vitamin asas untuk kesihatan menyeluruh iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C. 

Okay, tu satu kesan minum ESP pada saya. Lagi satu, bila saya ambil ESP semasa sarapan, apa yang saya perasan, saya tak rasa lapar walaupun saya tak makan apa2 di antara waktu sarapan dengan waktu makan tengah hari. Biasanya, kalau ibu2 menyusu badan ni, cepat lapar. Masa antara bfast ngan lunch tu mesti nak kudap2 sumthings. Biskut ke, buah ke, apa yang penting makanan sihat laaa....say no tu jajan okay....Dan yang paling penting air. Air memang saya tak boleh skip...menjelang waktu mengepam dalam pukul 1130am, saya dah habiskan 1 liter air masak. Bila rutin harian kita setiap hari macam ni, hanya ambil makanan yang berkhasiat, percaya tak berat badan kita boleh turun tau!

Macam mana saya boleh perasan berat badan saya turun? Haa, nak cerita...kat ofis memang ada sudut beriadah kecil kecilan...Ada letak penimbang laa sekali. For ur info, berat saya masa 9 bulan ngandungkan ariq ialah 63kg dan berat selepas pantang ialah 53kg. Target saya nak turun lagi 3kg je.

Sekarang, sedar tak sedar target saya nak turun 3kg dah tercapai. Pheww! Fantastic! Hehe...okay buat anda yang nak rasa penurunan berat badan, ingat berat badan yang turun secara sihat, tak turun mendadak tapi perlahan lahan. Yang turun cepat tu mesti kalau skip diet akan naik jugak dengan cepat. Cubalah ambil ESP ni untuk beberapa bulan. Dengan amalan pemakanan yang sihat, insya allah pasti berkesan. Nak tahu tips2 pemakanan sihat, boleh hubungi saya ya.

Oh ya, bagi anda yang tak boleh telan susu tu, tak kira laa ESP ke Mealshakes ke, alternatif lain ada. Tahu tak set budget kurus Lecithin dan Alfalfa jugak mendapat sambutan hangat tau. Lecithin ni berfungsi sebagai pemecah lemak manakala Alfalfa pula menyah toksin dalam badan. Jadi anda boleh cuba dua2 vitamin ni. Harga pun tak sampai seratus! Murah dan Insyaa Allah berbaloi. :)


ESP, Lecithin dan Alfalfa Shaklee yang popular untuk mereka yang ingin mengawal berat badan

Akhir kata, kalau nak tau tips2 lebih lagi dan nak order boleh terus hubungi saya di sini 019 620 1757 dan jemput like page saya di sini

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG


Monday, 26 August 2013

Tips Kemas Rumah : Macam mana nak jimat masa kemas rumah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat....

Hari ni tergerak di hati untuk cari tips2 mengemas rumah yang cepat, dan sistematik. Ye laa bila dah hujung minggu ni, macam2 nak buat termasuklah kerja wajib hari2 , mengemas rumah. Sebenarnya kemas rumah ni kita tak buat pada waktu hujung minggu je...hari2 mesti kena kemas, tak banyak pun sikit. Jadi, bila tiba hujung minggu, masa untuk mengemas dapat diminimakan. :) Tambah lak suri rumah macam saya ni ( surirumah yg berkerjaya (tgn letak kat bahu, mata pandang atas)...^_^


Gambar Hiasan (google)
Walaupun kat rumah tu tak berapa nak kemas, tp nak kongsi gak apa yang saya buat hari2 untuk memastikan rumah tak terlalu berselerak bila tiba hujung minggu. Tambahan lak kalau dah ada anak2 yang rajin tolong 'kemas' dan punggah barang...Jom cuci mata dulu tgk tata rias umah orang ( gbr google je )

Ruang tamu pilihan hati, merah menawan,  hati tertawan :)

                                                     
                                                          Simple dan kemas dapur serba putih.

Banyak tips mengemas yang saya dapat dari mengemasrumah.blogspot.com. Website ni banyak memberi tips sistematik dalam pengurusan rumah. Antara tips2 lain yang boleh dijadikan panduan kita ialah seperti berikut :

1. Ikut arah jam

Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah. 
- memang kalau berkemas, saya akan mulakan bahagian dapur dulu sebab bangun pg ruang pertama adalah dapur (masak air, masak nasi anak2)

2. Dari atas ke bawah

Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.
-betul, supaya habuk dari atas turun ke bawah dan supaya tak kemas 2 kali.

3. Kurang bergerak

Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.
-betul, kumpul dulu semua dan basuh.

4. Gunakan bantuan mesin

Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.
-saya masih menggunakan penyapu sebab vacuum cleaner rosak...agak mencabar jugaklaa bila habuk bertebangan so kena sapu dengan lemah gemalainyaa supaya habuk tak berterbangan...hehehe

Untuk menjimatkan masa memasak pula, tips2 kat bawah ni sangat berguna :

1. Beli perencah segera

Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.
-saya tak pernah guna perencah segera.. :)

2. Sediaan bahan resipi lebih awal

Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.
-setuju sgt2 sebab ini yang saya buat (stok cili, bawang, halia, ikan bilis semua disediakan lebih awal dan siap stok)

3. 'Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat

Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.
-akan difikirkan..hehe..

Dan yang paling utama tips nilah....hehehe..konon..


PRAKTIS 5S DI RUMAH

1. SEIRI – SISIH

Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN

Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU

Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM

Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL

Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.

sumber

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Saturday, 13 July 2013

Masker muka terbaik : Rahsia Alam Semulajadi

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi bab yang santai2 je. 3 hari lepas saya menghadiri kelas personal grooming untk 2 hari. Training diberi oleh www.murshidahsaid.com 
Sangat2 memberi kesan pada mereka yang ingin melakukan perubahan sama ada dalam kerjaya, keluarga dan hidup secara amnya. Banyak yang terkesan dari training ni. Antara subjek yang menarik perhatian saya ialah :

1. Cara buat face/body mask dan face/body scrub. Kalau mask dan scrub kat kedai tu, biasala kan. Sebenarnya saya pun tak pernah pakai mask dan scrub ni sbb kulit muka ni saangat sensitif tak boleh pakai sembarangan produk. Tapi yang ni adalah home made face mask dan scrub yang mesti anda semua tak percaya bahan2 ni boleh dapat dari dapur kita je.

2. Cara diet yang berkesan. Yang ni mmg berkesan kalau kita betul2 amalkan. 6 bulan dah boleh nampak kesan. Senang je tak susah pun nak kurus.

Bila buat post pasal ni nanti tak de laa saya lupa. At least bila teringat boleh jenguk semula. Dan juga boleh dikongsi bersama. Mana tau berkesan untuk anda yang nak kulit cantik, gebu dan licin.

Okay, hari ni saya nak kongsi cara buat face/body mask and scrub dulu.

Home made face scrub

Bahan - bahannya :

1. 1 tablespoon honey (pilih organic).
2. 1 tablespoon olive/argan oil.


Saya pilih Argan oil.
3. 1/2 tablespoon lemon juice (if kulit oily, lebihkan lemon juice).


Lemon
4. 2 tablespoon fine sugar (white/brown) - yg ni mcm yg kat oldtown gula packet tu.


Fine sugar (white)

Cara membuatnya :

1. Ambil mangkuk kaca dan sudu pastik, masukkan bahan 1 hingga 4 dan kacau hingga sebati.
2. Ambil sedikit2 hasil campuran tadi dan sapu rata pada muka.
3. Bilas bersih2 dengan air.
4. Pakai face mask.

Home made face mask.

Bahan - bahannya :

1. 1 tablespoon honey ( kalau boleh pilih yang organic punya sebab madu2 kat supermarket tu kebanyakan dah campur gula )



Organic honey (gambar hiasan)
2. 1 tablespoon cinnamon ( yang ni bila cakap cinnamon ape benda laa kan, serbuk kayu manis yang byk terdapat kat kedai2 )





Cara membuatnya :

1. Ambil mangkuk kaca dan sudu pastik, masukkan bahan 1 dan 2 dan kacau hingga sebati.
2. Ambil sedikit2 hasil campuran tadi dan sapu rata pada muka.
3. Tunggu 30 minit dan bilas.

Nota : Bagi mereka yang pertama kali mencuba mungkin akan terasa gatal atau tidak selesa di muka. Itu adalah normal. Buat at least seminggu sekali dan akan rasa kesannya.

Selamat mencuba!!



  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum

Hari ini 1 Ramadhan 1434 Hijrah. Saya dengan rendah hati mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat. Ampun maaf dipinta jika ada kekhilafan di dalam tulisan blog ini mau pun kesalahan diluar sana. Semoga ibadat kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. SELAMAT BERPUASA.
SALAM RAMADHAN

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Monday, 1 July 2013

SHAKLEE : GLA COMPLEX

Assalamualaikum.

JULY PROMOTION ! BUY 6, FREE 1!

GLA COMPLEX SHAKLEE!

GLA COMPLEX SHAKLEE
Apa itu GLA Complex?


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan



Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *


* Disclaimer

Siapakah yang memerlukan GLA Complex?

1. Penghidap Diabetes.
2. Wanita yang mengalami period/haid yang tidak teratur.
3. Orang yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, alahan kulit dsb.
4. Wanita yang ingin hamil.

Fungsi GLA Complex?

1. Membantu mengawal paras hormon.
2. Mengurangkan sakit senggugut.
3. Membantu mengurangkan keradangan dan sengal-sengal sendi.
4. Meningkatkan tahap kesuburan bagi yang ingin hamil.
5. Mencantikkan kulit.

Dan banyak lagi kelebihan GLA Complex Shaklee ini. Untuk keterangan lanjut tentang produk dan pesanan, boleh hubungi :

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG


Friday, 14 June 2013

Berbuka puasa dengan esp

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah bulan rejab, mesti ibu2, adik2, kakak2 sibuk nak ganti puasa. Mana2 yang belum gantilaa...yg dah siap ganti bulan syawal tu mungkin nak puasa sunat ke kan. Bila puasa time cuaca tak menentu ni, mestilaa rasa haus yang lebih, badan tak bertenaga. Menjelang waktu nak buka puasa badan dah jadi lembik semacam. Ada yang sampai menggeletar sebab lapar. Oh tak ada ye? Hehe, saya laa tu...sebelum kenal Shaklee.

Gambar hiasan ;)


Kalau anda nak tahu ESP ni boleh membekalkan tenaga berpanjangan tau. Minum segelas ESP semasa bersahur dan berbuka. Berbuka puasa dengan ESP ni akan membekalkan kita tenaga semula selepas seharian berpuasa. Kita tak rasa penat nak beribadah pulak lepas tu dan nak buat kerja2 lain lepas tu. Tambahan pula bila berbuka puasa dengan ESP, kita dah tak rasa nak makan baanyak sangat dah. Ye laa biasanya bila time puasa laa nafsu nak makan itu ini membuak2 kan. Jadi, secara tidak lansung menyumbang kepada penurunan berat badan. Itu baru beberapa hari je kita puasa ganti, bayangkan pula kalau sebulan Ramadhan kita berbuka puasa dengan ESP. mesti jadi selim melim masa raya nanti..hehe....tapi janganlaa pula lepas ramadhan, lepas sebulan berpuasa, makan dah elok2 sikit2 dengan minum ESP lagi...tup tup raya makan mcm2 berlemak bagai...memang on the spot badan akan naiklaaakan...tak siapa nak salahkan masa tu..hihi

Ok, kalau nak lebih bertenaga lagi ni dia set Triple GEM yang membekalkan tenaga berpanjangan semasa berpuasa baik yang berpuasa ganti mahupun untuk Ramadhan akan datang.

Set untuk kekal bertenaga

Untuk pelanggan yang dihormati, hubungi saya untuk dapatkan set anda ye pada harga istimewa...ada freegift menanti anda!

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Thursday, 13 June 2013

Penyusuan ibu bekerja : Cara saya

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita pasal penyusuan ibu bekerja macam saya bermula dari dalam pantang sehingga sekarang, Ariq dah 8 bulan. Bermula dari dalam kandungan, memang dah berazam untuk menyusukan kedua dua hero ni sepenuhnya dengan susu ibu.

Bermula dari dalam pantang, saya dah start mengumpul stok ebm. Start hari ke 4 berpantang saya dah start berkenalan dengan pam. Penting untuk berkenalan dengan pam sebab lepas tu kita akan faham macam mana rentak mengepam nanti. Masa dalam pantang saya hanya pam sehari sekali je bila sempat. Tapi yang penting kita stimulate guna pam pulak. Kalau lambat takut pam nanti tak kuar susu sbb takes time gak susu nak keluar guna pam yang berlainan. Jadual pam saya senang je pagi pukul 7 dan malam pukul 11. Itupun selalu jugak skip yang pagi kalu ariq nak susu. Saya bagi direct. Tapi memadai pam sekali sehari je sebab hasilnya nanti sungguh lumayan. Insyaa allah. Macam saya, stok ebm dalam pantang dah memenuhkan freezer mak yang bersaiz double XL. Yelah peti ais mak mmg beli yang besar senang nak simpan barang terutama bila ada kenduri. 3 kali angkut jugaklaa untuk transfer ke rumah saya lepas pantang.hehe....rezeki Ariq, alhamdulillah...

Sebahagian stok susu lepas pantang
Stok susu lepas pantang macam gambar kat atas tu. Itu pun ada lagi yang belum angkut dari peti ais mak kat kampung. Tak sangka pulak banyak macam ni stok susu Ariq. Belum bersusun lagi tu. Nampak bersepah tak tau mana dulu mana kendian...hehe. 

Start keje, bermula pulak rutin mengepam kat ofis. Sehari saya pam 2 kali pukul 11 dan pukul 4. Total saya dapat bawa balik 18 oz. Cukup bersyukur. Malahan stok bertambah2 sampai deep freezer pun dah tak muat. Mana tak nya ariq menyusu 12 oz je sehari kat skul. Puas dah ejas supaya ariq minum byk lagi kat skul tapi still yg habis 12 oz jugak. Mula mula  saya bg 2 oz x 6 btl, then 4 oz x 4 botol...sekarang dah tak sukat ada 3 oz ada 4 oz. Sebabnya stok dah terlebih dan ada juga yang dah expired. Sekarang ni pun dalam deep freezer ada lagi stok ebm bulan dec12. Tengah berkira2 nak melupuskan. Bulan 11 pun dah dilupuskaan buat siram pokok kat kg. Sayang...tp terpaksa.....xpe lah as long as stok ebm cukup untuk ariq hari2. ( mau pencen awal mengepam sbb stok dah ada untuk 6 bulan....hihi )

Oh ya pasal direct feeding pulak memang sepanjang masa. Bila ariq nak dan bila saya bersama ariq. Balik dari ofis, benda pertama ialah nyusukan ariq. Sekarang kalau menyusu memang lama ariq mengempeng..hehe...qada balik susu yang tinggal kat skul kot...wakakaka...

Lepas tu macam biasa air kena minum baaanyak banyak. Dan vitamin jangan skip. Untuk maintain pengeluaran susu saya minum ESP dan ambil vitamin2 asas B Complex supaya tak stress, Vitalea untuk zat besi, Vitamin C untuk antioksidan dan baru2 ni saya ambil sekali alfalfa dan omegaguard. 

Kalau pagi2 tu sebelum mengepam, saya minum ESP dulu selain nak bagi rasa kenyang, ia juga untuk meriahkan hasil perahan nanti. Insyaaa allah....;) 
Kalau anda nak tahu jadual pengambilan vitamin dan nak dapatkan vitamin2 ni boleh hubungi saya seperti nombor di bawah ye. Saya boleh beri anda konsultasi percuma dan anda boleh dapatkan vitamin2 ni dengan harga special punya...;)

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095


Monday, 10 June 2013

Solid Food : Philip Mini Blender pilihan hatiku

Akhirnya.....

Blender pilihan hatiku....taraaaa


Philips Mini Blender bersedia untuk diguna :)

Philips Mini Blender
Setelah diambil kira dari penggunaan, harga dan segala, saya pun decide nak beli Philips Mini Blender macam gambar kat atas. Beli kat Best Denki Subang Parade dengan harga RM139. Disebabkan barangan elektrik, encik suamiku sudah berpesan ...xmo beli online nanti rosak ke ape ke shushah kan...tu yang pergi cari terus kat Best Denki. Dah beli tak sabar pulak nak gunakan...hehehe...

Terus guna untuk buat stok solid food Ariq. Firstly, kita steam dulu carrot, brokoli dan segala sayur mayur yang nak dibuat stok. Untuk permulaan saya steam carrot dan brokoli dulu. Cara steam saya lain sikit sebab saya tak ada steamer. So dengan kekreatifan yang ada saya gunakan periuk nasi sebagai tapak steam isi air. Kemudian ambil mangkuk yg agak besar yang muat nak masukkan ke dalam periuk nasi tersebut. Pastikan mangkuk tu tak berapa tinggi supaya muat untuk dimasukkan mangkuk yang berisi sayur mayur di atasnya dan boleh ditutup. Macam ni,


Sedia untuk dikukus/steam


Selepas dah lembut semua sayur sejukkan dahulu sebelum dikisar dengan menggunakan Philips Mini Blender tadi. Hasilnya sangat halus tulus. Then masukkan dalam ice tray yang dibeli dari kedai. 

Sedia untuk dikisar/blend
Ice tray siap dibasuh dan dikeringkan
Siap untuk dibekukan/freeze..eyh tetiba ade kale hijau....hijau tu brokoli x snap masa pembikinan...:)
Stok ni biasanya akan tahan selama 2 minggu. So ibu bolehlaa rest 2 minggu untuk buat solid food Ariq. Hari2 just masukkan beras blend ke dalam periuk dah kembang ambil 1 kiub sayur ni td...then tunggu cair, tutup api....tak smpi setengah jam da siap....kul 5am tenggek periuk 530am da boleh packing...weeeee....jimat masa dan tenaga....:)

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Friday, 7 June 2013

Pakej Shaklee : Bertenaga semasa berpuasa

Pakej Makanan Kesihatan Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum


Hari ni 27 Rejab bersamaan dengan 6 Jun , hari Nabi SAW di Israk Mikraj kan. Hari kita difardukan dengan solat 5 waktu sehari semalam. 


Pejam celik, Syaaban pun dtg beberapa hari lagi....then Ramadhan yang dinantikan pun bakal menjelma....


Masa nilaa yang belum ganti puasa kena ganti...yang menyusukan pun kena gak ganti puasakan...macam saya :) walaupun 3 hari lopong sbb mengandungkan Ariq, rasa susahnya nak ganti sebab sekarang masih lagi menyusukan ariq sepenuhnya. Apa yang saya amalkan untuk kekal bertenaga semasa berpuasa? ESP, ESP dan ESP..:)

Bagaimana pula persiapan untuk Ramadhan yang bakal menjelma ini? Di sini saya kongsikan pemakanan tambahan Shaklee untuk bulan puasa nanti. :)


BERSAHUR


1. Meal Shake/ESP – membekalkan tenaga kepada tubuh  di samping itu ia mengenyangkan

2. Performance Drink– mengekalkan cecair di dalam badan dan membantu mencegah penghidratan(prevent dehydration)

3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap

4. Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit/meningkatkan daya imunisasi badan untuk melawat penyakit

5. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan

 

BERBUKA


1. Performance Drink – mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah penghidratan(dehydration)

2. Fiber Plan Daily Mix – membuat anda rasa kenyang. Tak perlu padatkan perut anda. Jika ini berlaku anda akan menjadi seperti ular dan akan terjejas ibadat-ibadat lain yang penting

3. Energizing Soy Protein – memberi anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang

4. Vita-Lea – memberikan anda vitamin lengkap yang badan perlu

5. B-Complex – berfungsi seperti “spark-plug” membakar makanan kepada tenaga

6. Vitamin C – melindungi anda daripada serangan penyakit

7. Lecithin – membantu pecah lemak dan  proses penyerapan vitamin


  SELEPAS TERAWIH


1. Performance Drink – seperti peneranganya di atas

2. GLA – membantu sistem hormon badan berfungsi dengan baik

3. Lecithin – pemecah lemak


Ok, tengok jadual di atas, ESP boleh diminum semasa bersahur dan berbuka. Rasa bertenaga semula tau. Itulah yang saya suka dengan ESP. Vitamin2 yang lain tu sebagai penambah zat2 yang diperlukan oleh badan semasa berpuasa. So, apa tunggu lagi, cepat buat persiapan sekarang. 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut :

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Thursday, 6 June 2013

Cuti-cuti Malaysia : Cameron Highlands

Assalamualaikum uollsss.

Hari ni nak cerita pasal family trip baru baru ni. Percutian ke Cameron Highlands pada 01 Jun 13 hingga 03 Jun 13 yg lepas. Hari ni sambung cuti sempat lg nak update blog..hehe

Perjalanan bermula pukul 645am dari rumah adik di KL. Semua berkumpul di sana sebab dialah sebagai ketua rombongannya....hehe...Berhenti di RnR Rawang untuk rehat dan lunch sekali pukul 10am. Lepas tu sambung perjalanan ke destinasi sampai di Cameron lebih kurang pukul 1230pm. Kat sini dah mula jem, kenderaan bersesak2 menuju ke kawasan penginapan. Kami menginap di Desa Anthurium yg mana apartment 3 bilik yg boleh memuatkan kami seisi keluarga seramai 14 orang termasuk 2 orang baby(ariq dan iqbal).

Malam sabtu 1 June 13, hanya keluar untuk membeli makanan dan kebanyakan kedai dah pun tutup masa tu pukul 9pm mcm tu. So, kami mkn satay Cameron, adik saya yang birthday nya 1 June belanja Tiramisu Cameron. Hmmmm..sedapppp sampai sekarang pun masih terasa....macih acikkk....hehe

Ahad berjalan sekitar Cameron. Tempat menarik yang pertama ialaha Lavender Cameron. Bunga yg berwarna warni menarik perhatian terutama mak yang memang sukakan bunga bungaan. Puas berposing, bergambar bagai, kami meneruskan ke destinasi kedua iaitu ke Butterfly farm. Kat sini, ada macam2 haiwan, bukan hanya butterfly je, kumbang, katak, ular, angsa , rabbit semua ada. Menarik perhatian hensem boy Aqil. Jap g saya kongsikan gambar2 sekitar lawatan ni. Then third destination ialah Kea Farm. Kat sini boleh beli mcm2. Pendek kata kalau nak perabih duit boleh pegi sini. Untuk beli cenderamata, strawberry fresh, dan sayur mayur yang sgt murah 10 inggit boleh beli 12 jenis sayur segar. Tokey kedai siap bg xtra 1 jenis sayur lg sbb kami datang sebatalion ....hehheh...adik ipar yang kuat tawar menawar.....then last kami ke Mardi untk beli bunga bungaan. Mak yang banyak membeli. Ada ros, carnation dan byk lagi jenis bunga yang mak beli untuk ditanam di perkarangan rumah kat kg. Kalau saya memang tak beli laa sbb xde kawasan pun nak letak pasu...hehe

Isnin, perjalanan balik singgah jap kat Kea farm untuk beli lagi apa yang xterbeli semalam. Memang bestlaaa....nak pegi ladang teh dah tak sempat sebab adik ipar yang sorang lg kejar masa untuk ke JB .

So, tu je kot review Cameron. Jom tengok gambar pulak...

Malam 1 June 2013 - jalan2 cari satay :)

2 June 2013 - Cameron Lavender :)

2 June 2013 - Butterfly Farm :)

All of us :) (except tukang amik gbr..xde dlm ni.....cian adik..hehe)
Ni tukang amik gambar aka cameraman 

 My Adik bongsu 
Yang ada pada saya gambar ni je.....yang lain kat dlm Nikon adik. Nanti update lain pulak. :)

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

Wednesday, 5 June 2013

Meal Shakes Shaklee : Promotion June 13

Assalamualaikum..

Bulan ni promo best punya. Meal Shakes Shaklee buy 6 free 1. Anda boleh dapat pada harga yang super duper murah dan jimat dengan pembelian 6 canister Meal Shakes hanya pada bulan June ini sahaja. Jom kongsi dengan kakak2, adik2, abang2, rebut Meal Shakes pada bulan ini! Pasti berbaloi.




Apakah Meal Shakes?

Meal Shakes merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.


Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapakah patut minum Meal Shakes ini?

Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu).

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, Meal Shakes Shaklee adalah pilihan yang tepat sekali!

Jom kita tengok manfaat utama Meal Shakes Shaklee ini:

1. Nutrisi Lengkap
~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain

3. Membantu tumbesaran
~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan

4. Anti oksida
~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah
~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik

6. detokfikasi
~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. kelazatan rasanya
~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.


So... Jom tempah satu canister Meal Shakes Shaklee hari ini!


  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     fb: https://www.facebook.com/pages/Natrasha-Wellness/483895151657095

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI