Monday, 30 December 2013

Tadika USJ : Berapa umur anak untuk di hantar ke tadika?

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari ke 2 terakhir dalam tahun 2013. Pejam celik, pejam celik je dah hujung tahun. Kejap je lagi dah nak masuk 2014. 

Rewind 2013. Melihat anak anak membesar depan mata merupakan satu nikmat tak terhingga. Alhamdulillah...syukur di atas nikmat Mu Ya Allah. 

Aqil bercakap dah petah. Pandai pulak buat ayat memujuk masa nak kan sesuatu. Kuat melompat. Dari atas sofa ke lantai dah tak jadi masalah. Berlari pun kuat. Dah berani naik gelongsor tanpa bantuan ibu atau ayah. Pandai pegang pensel/pen dalam keadaan betul untuk menulis. Dan yang paling ibu nya teruja, Aqil dah pandai tulis nama sendiri. Alhamdulillah....Mudah mudahan, tahun 2014 ni Aqil dah mula menghafal Al Fatihah dan ayat2 pendek dalam Al Quran. Tak tahu nak decide nak hantar tadika mana untuk Aqil ni. Setakat ni ada 4 pilihan. Setiap nya perlu di titik beratkan yuran bulanan dan tahunan, overtime bila terlambat ambil dan jarak dari taska Adik.

1. Dzuliman Smart Khalifah USJ9 - Tahunan rm 1500, Bulanan rm 430, campur adik rm350 = rm 780 (pengsan tak bangun2 ni, tapi environment mmg sangat ok, ustazah peramah, yang tak tahan sebab overtime start pukul 6pm...kalau terlebih 5minit pun di kira 1 jam, part ni saya tak setuju, awal sgt....huh)

2. Dzuliman Smart Khalifah USJ6 - Tahunan lebih kurang kat atas, Bulanan xingat, rasanya murah rm 10 sebab  kelas tak de air cond. Campur ngan adik jadi rm770 ( ni senang , dekat ngan adik sebab adik pun kat usj6, tp part overtime sama gak dah cawangan je kot ngan tadika kat atas)

3. Tadika Little Chaliphs USJ 2 - Tahunan tak sampai rm900 (dapat diskaun rm50 sebab cakap kat owner kawan yg rekomen (thanks hanim, mamy Aira),Bulanan rm 380. Campur adik jadi rm 730 (yang ni yuran macam ok sikit, tp ayah pulak tak suka sebab tepi jalan (Persiaran Kewajipan) , sangat bising, panas , dan kawasan denggi pulak...petang2 tak boleh main playground...hmmm...acaner)

4. Taska Impian Erisya USJ6 - Tahunan rm1100, Bulanan rm400, campur adik jadi rm 750 ( ni taska aqil yang sekarang, suma sekarang aqil tak masuk kelas, kalau nak masuk kelas tambah rm100 dan yuran tahunan. Boleh jugak hantar ke sini sebab satu tempat ngan adik. overtime 630pm dan accumulate...Kiranye kalau sehari lewat 5minit akan dicampur dengan hari2 lain yang lewat sampai cukup 1 jam baru dia akan caj)

Kalau ikut yuran bulanan kat USJ ni memang sangat3 mahal bagi saya. Tapi apakan daya dah kerja pun kat sini..takkan nak hantar Klang, Bangi ...yang jauh lebih murah lagi... Huuhu...di sini mak pasrah....Ibu ayah ada masa 2 hari lagi nak decide hantar tadika mana....

Korang pulak macam mana anak umur 4 tahun dah hantar tadika ke?

Tuesday, 3 December 2013

Susun Atur : Ubat ubatan

Assalamualaikum ..

Disember datang lagi. Semak balik azam 2013 yg x tercapai lagi. Yang dah tercapai Alhamdulillah. Yang belum kita semak dan masih ada masa lagi untuk jadikannya satu realiti. 😊

Okay, sebenarnya saya nak cerita pasal ubat ubatan kat rumah. Cara penyimpanan dan penyusunan di rumah untuk memudahkan untuk diambil bila memerlukan. Kebetulan pula hari ni saya ambil emergency leave sebab ariq demam dan meragam. Ni pun sambil taip sampai menyusukan. 😊

Bekas ubat ubatan yang cinonit.

Ni laa rupanya kotak simpanan ubat saya di rumah. Bekas tu beli kat Ace Hardware yang ada pemegang kat atas ala2 kotak first aid. Harga rm5. Sikit nye laaa tinggal ubat2 tu kan? Sebenarnye saya memang tak suka simpan ubat yg sama function dlm tempoh yg lama. So, bila g klinik dan dapat ubat, saya akan check sama ada sama tak dengan yg lama. Lagipun kebanyakan ubat ni hanya tahan 3 bulan je. So, xsusah laa nak manage.

Semua ubat ni adalah dalam kategori ubat makan. Untuk ubat sapu saya simpan kat tempat lain. Dalam tu kat sebelah kiri tu semua pil2 segala. Pil ciket teck aun, ubat selsema ayah, panadol semua saya letak dalam kotak kecik tu. Kotak tu sy diy dr kotak ubat. Potong bg muat2 masuk dalam bekas ni. Yg belah bawah tu sy tegakkan shringe. Guna kertas  keras yg sy dpt dari kotak powerbank.

Kotak powerbank

Lepas ni senangla nak cari ubat. Kotak ni sy hsnya letak atas kabinet dapur dan senang nampak. Okay tu saje...daa



 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI