Wednesday, 9 July 2014

Susun Atur : Jimat Ruang Di Ruang Dobi

Assalamualaikum..

Salam 11 Ramadhan hari ni. Baru nak up entry yang dah lapuk ni. Space saving rack ni beli kat mydeal.com dengan harga RM86. Saya beli ni khas untuk ruang membasuh yang dah serabut dah sampai nak lalu pun terlanggar itu ini. So space saving rack ni lah solutionnya. Tengok gambar kat bawah ni, saya snap masa parcel baru sampai. Punyalaa excited nak mula projek. Hehe...

Space Saving Rack
Gambar sebelum area membasuh saya terlupa nak snap, bila dah clear semua baru teringat nak snap. Tapi elok jugaklaa. Tak lalu kot nak letak sini takut korang ngigau tgk ....hehehe.. 

Ok..takyah laa cite panjang2 meh tengok output dobi area saya setelah ditransform. Hanya menggunakan space saving rack ni sahaja.

Bawah ni gambar close up. Pencuci yang dipakai hari2 saya letak atas sekali. Dynamo dengan pencuci baju baby yang kale hijau tu. Sebelah tu bakul biru saya letak stok segera macam refill sabun mandi dettol 1 packet, johnson 1 packet, dynamo 1 packet. Dan ada lagi space kat situ saya letak pencuci lantai, clorox dan cuka kat situ. Jadi bila dah ada stok kat situ siap2, senang asben nak amik bila dah habis just amik refill kat sini je takyah korek storage. Oh ya, stok banyak2 tu saya simpan tempat lain dalam storage box. Ada 3 kotak semuanya...Nanti saya upload kat sini. :)

Tingkat bawah pulak saya letak towel yang dah tak pakai/buruk untuk dibuat alas kaki atau kain lap. Sebelah tu just bekas kosong akan dipindahkan ke tempat lain nanti. So kat situ nampak lapang laa just towel tu je kat situ nanti. Owh nampak tak ada kertas surat khabar lama kat atas bekas putih tu? Kertas tu untuk lapik tong sampah. So senang nak amik sebab plastik sampah pun saya letak kat ruangan ni. Tengok gambar next...

Close Up Space Saving Rack
Okay, ni gambar jarak jauh yang mampu diambil untuk ruangan ni. Sebelah tu ada tetingkap letak grill. Plan nak letak shower curtain sebagai langsir nanti. kat situ saya sangkut bakul baju2 kotor. Tak suka letak bawah nampak semak. So sangkut guna S hook yang saiz besar untuk segala baldi, bakul baju budak dan bakul baju dewasa. Warna memang tak seragam sebab konsep taknak membazir guna apa yang ada. Bakul merah tu en asben punya dari masa bujang, yang biru saya punya dari zaman belajar dulu (lama tak) ..hehe..bakul2 tu semua elok lagi....Memang saya guna balik je untuk letak baju kotor. Yang baldi tu pulak sama laa memang harta benda yang diguna balik dari zaman bujang lagi...heheee...kalau ikut hati memang nak tukar bakul serba putih 4 segi susun kat situ. Tak pun rak beroda yang boleh tarik2 untuk letak baju kotor kat situ. Tapi...tapi ....tapi....biarlaaa camtu...kira oklaa ni dari sebelum ni sume sepah kat bawah je....heeeee

Pandangan depan dari pintu.
Next gambar ni sebelah bakul2 tadi. Jarak jauh ke pintu. Ada gap dari bakul2 tadi dalam sedepa gitu. Saya letak plastik sampah, penyapu dan penyodok, mop dan berus lantai. Kiranya buka je pintu terus nampak. Sebab senang nak ambil dan letak balik kat situ. Plastic tu saya sangkut menghadap ke mesin basuh, ada ruang sikit kat situ. Jadi bila nak amik plastik sampah boleh terus amik surat khabar lama yang saya kata kat atas tadi tu....

Ruang gantung.
Tu saja cerita ruang dobi saya. Next update bila dah tambah curtain nanti akak saya upload, kalau tak lupa...heee....Sharing is loving.. Camana pulak susun atur ruang dobi korang..Meh kongsi2...

  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Thursday, 12 June 2014

Susun Atur : DIY kotak notebook untuk NEXT project.

Assalamualaikum wbt...

Salam Nisfu Syaaban kepada semua umat Islam. Tertutup sudah buku lama, terbukalah catatan baru. Diam tak diam lagi 15 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Dan mari kita berdoa agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan berkesempatan untuk meraikan Ramadhan yang mulia ini. Amin...

Ermmm...balik pada tajuk. Kat ofis ni en. Lenovo melambak baru sampai. Jadi kotak2 bungkusan Lenovo ni daripada terbuang macam tu je, saya ambil 4 buah untuk project DIY almari si Aqil dan Ariq. Dua beradik ni kongsi almari yang sama dan space sangat2 terhad. Bila space terhad ni, menguji kekreatifan laa untuk seboleh2 nya menyusun dan mengatur baju bajan sekalian dengan kemas dan sedap mata memandang.

Kotak Lenovo.
Kawan2 cer tengok gambar kat atas ni. Rasa geram tak nak DIY sendiri? Hehe...saya sendiri gila jugak tengok kotak2 ni. Gerammmmm je nak ambil banyak2 buat project DIY. Ukur punya ukur, hah! ngam2 ngan almari budak berdua tu. Apalagi angkat tepi 4 kotak untuk DIY. Niat hati nak ambil lebih lagi tapi mengenangkan badan ku ini yang tidak berdaya yang termengah2 ambil 4 dulu. Kang tak tersiap2 karang tak ke haru menggagau nak cari tempat simpan. Haha...Kat rumah memang a BIG NO untuk simpan kotak segala ni. En suami bising. Pelik tengok isterinya suka simpan kotak. Haha..Mintak maap ye abang...(buat muka comelll)~~tapi bila dah siap hasil nya memang kena pujilaa....kreatip katanya..hehe

Kotak yang dah siap potong penutupnya tinggal nak dicantikkan shj.
Yang kotak2 kat atas ni saya dah potong siap2 penutupnya sebab taknak pakai penutup pun nanti. Gagah jugak laa nak memotongnya. Sebab kotak ni sangat tebal. Tu yang saya suka. Dah tebal mesti lebih tahan kan. *_*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Menghabiskan waktu lunch tadi dengan mencantikkan kotak ni. Sejam hanya satu kotak je yang berjaya disiapkan..huwaaaaa!! ada 3 lagi nak kena buat...tabahlah siapkannya...Lagipun wrapping paper pun ada 2 helai je tadi. Cukup2 untuk balut 1 kotak ni. Dan inilah hasilnya....:) CANTIK TAK ?? Hehe ...perasan sorang2.

Siap balut cantik.
1 done, 3 more to go...hihi
Dah siap, go back to work. Okay kita lihat hasilnya nanti. Sharing is Loving. Daaaaa


Wednesday, 26 March 2014

Macam Mana Nak Bancuh ESP Shaklee

Assalamualaikum kawan2 yang dikasihi sekalian,

Promosi  bulan Mac masih lagi berjalan. Hebat sungguh penangan ESP Shaklee ni. Ramai yang dah tahu kebaikan2 ESP Shaklee dan ramai yang taknak ketinggalan memiliki vitamin hebat ini pada harga yang sangat sangat berbaloi. Hanya bulan MAC 14!.

Siapa yang perlukan ESP ye : 

ESP sangat sesuai untuk semua lapisan sebagai minuman kesihatan termasuk :

1. Ibu-ibu yang sibuk. 
ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan. 
Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak. 
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis. 
Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka dan badan.
Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

Antara kebaikan ESP yang anda dapat dengan mengamalkannya secara konsisten adalah :

1.Membantu pembentukan sel-sel baru.
2.Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
3.Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
4.Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
5.Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

Ini diantara 5 kebaikan dan manfaat ESP Shaklee.

Bagaimana nak bancuh ESP Shaklee?


Video kat bawah ni saya tunjukkan secara ringkas macam mana nak bancuh ESP Shaklee. Contoh yang saya buat dan saya suka ialah bancuh dengan susu segar Dutch Lady. Campurkan sesudu ESP ke dalam 200ml susu segar dan goncang sehingga sebati. Lepas tu apa...lepas tu minumlaaa ...hehehe...nyum2...


Cara bancuh ESP Shaklee

Ramai dah menikmati khasiat hebat ESP Shaklee ni termasuklah saya...hehe...Nak juga? 
Sila SMS | WhatsApp 019 620 1757 ....untuk pertanyaan lanjut. Harga? 1 canister hanya RM150 shj tetapi bulan ini promosi hebat! Share beli 6 canister percuma 1 canister ESP Shaklee...Pastinya berbaloi2. Beli hari ini juga! Promosi sehingga akhir Mac sahaja!

Hubungi :
  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Al Fatihah dan Takziah untuk penumpang dan anak kapal MH370

Assalamualaikum w.b.t...


Jom kita sedekahkan Al Fatihah buat semua penumpang dan krew MH370 dan takziah untuk keluarga mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya sendiri dah beberapa kali bergenang airmata bila baca berita sedih ni. Kuasa Allah tiada apa yang dapat menghalang.



Al Fatihah


Aminnn


  •     Natrah Mohd Yahaya (ID 912982)
  •     SMS/Whatsapp: 019 620 1757
  •     Email: natrahmyahaya@gmail.com
  •     Pages : http://on.fb.me/12y6ckG

Tuesday, 11 March 2014

Cara Kemas Rumah : Susun Atur Laci Meja Solek

Assalamualaikum w.b.t

February dah berlalu. Mac pun nak tiba dah di pertengahan. Satu lagi tajuk susun atur yang saya nak buat tapi masa tak mengizinkan. Idea nak bercerita pun kurang. Sekarang ni banyak cerita pasal kehilangan MH 370 8 Mac 2014 haritu. Sampai sekarang pun usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. Kita doakan dipermudahkan segala urusan mereka. Aminnn

Berbalik pada tajuk, laci ni laci meja solek tapi dalam laci takde pun alat2 solek sebab saya tak pakai alat solek. Setakat bedak ngan krim kecantikan Safi je. Jadi dalam laci ni lebih kepada segala macam mak nenek, alat tulis, ubat2 anak2 dan accessories kaca mata dan sebagainya seperti yang korang lihat kat bawah ni.
Kalau tengok gambar yang atas tu memang korang takkan nampak laa ape benda kat dalam tu..hahaha..sangaaatt bersepah ok.
Gambar bawah dah susun guna devider yang plastik tapi setelah sebulan jadi camtu..senget benget sangaaat sakit mata tengok. Lagi pula kat part dalam sekali payah nak ambil sebab devider tu tinggi so kena usaha lebih untuk korek bahagian dalam sekali tu.


Selepas ditimbang tara dan dikira kira bajet(mesti mau laa kan bajet) dan fikir untuk jangka panjang, saya pun dengan rela hati membeli bakul chomel dari Mr. DIY ni. RM2.50 satu, jadi 5 ketul RM12.50. Sebenarnya bakul putih ni dah beli satu untuk letak penutup tupperware dan simpan dalam kabinet dapur. Tapi kerana dek kechomelannya, tak muat laa pulak semuanya dan bekas ni pulak asik jatuh je sbb sy gantung kat pintu kabinet (dapat imagine kan?) so yg kat dapur beli yang lain, tetiba timbullah idea untuk organize drawer guna bakul chomel ni. Jadi tambah lagi 4 biji. Susun pulak ngam2 hoi je kat drawer ni. Dan resultnya..........yeeeeeaaaa

.
.
.
.
.
.
Tadaaaa....
Korang nampak kan apa yang ada dalam laci tu? Hehe ..lebih senang dan mudah nak ambil. Sangatttt berpuas hati..Hopefully cara ni dapat digunkan dalam jangka masa panjang. Lagi pun bakul ni susah nak rosak kalau dibiar je dalam tu kan....Selesai satu masalah....


Macam mana pulak susun atur laci korang2 semua? Boleh share. Share is Loving.

Thursday, 30 January 2014

Cara Menghilangkan Jerawat : Sabun Al Razi

Assalamualaikum w.b.t,

Bulan January dah pun tiba di penghujungnya. Namun entry pertama ni seakan2 malu2 pulak nak muncul dalam blog ni. Hehe...Saya nak kongsi produk pencuci muka yang sangat bagus dan berkesan untuk menghilangkan jerawat. Katanye 'Jerawat hilang dalam masa 3 hari' dengan penggunaan yang betul. Apa2 pun kita hanya berusaha, Allah jua penentu segala. Insyaa Allah....Siapa taknak cantik kan? :)

Okay kita pergi kepada info produk ni dulu. Mesti anda tertanya2 apa benda laa sabun ni kan. Sabun ni di rumus khas dengan herba2 semulajadi yang turun temurun digunakan untuk mencantikkan kulit wajah kita. Ramuannya adalah :

1. ALOE VERA/LIDAH BUAYA -> boleh merawat parut jerawat,bekas luka dan mengurangi keradangan kulit muka,ia juga digunakan sebagai rawatan untuk kulit yang terbakar sinaran matahari

2. TEA TREE OIL -> untuk mengatasi kulit berjerawat. Kandungan anti bakterianya efektif untuk mengecutkan jerawat yang meradang. 

3. OLIVE OIL -> membantu pengelupasan sel-sel kulit mati,
pemakaian minyak zaitun pada tubuh juga membuat kulit .

4. EXTRAK TIMUN -> Baik untuk kulit kering, kulit yang terbakar sinar matahari, kandungan vitaminnya yang tinggi serta melembapkan kulit 
kandungan mineral sangat membantu mengatasi kekeringan kulit.

5. EXTRAK Vitamin C -> mampu menyegarkan kulit serta memutihkan wajah secara semulajadi

6. EXTRAK BAWANG PUTIH -> merawat jerawat batu paling berkesan serta Melembutkan kulit wajah

7. EXTRAK SERAI -> manfaat serai merupakan rawatan paling berkesan untuk membunuh 99% kuman di kulit muka

Antara ramuan ni yang memang saya tahu, aloe vera tu mmg bagus untuk wajah. Dulu masa bujang rajin tempek aloe vera kat muka nak bg parut dan jerawat hilang. Hehe...

Sabun AL-Razi ini dengan kombinasi herba semulajadi dan ramuan terpilih boleh merawat :

1. Jerawat/Jerawat Batu
2. Blackhead/whitehead
3. Parut jerawat & cela
4. Pori-pori terbuka
5. Jeragat
6. Mencerahkan bahagian muka & badan
7. Meratakan tona kulit muka
8. Mengurangkan kedutan
9. Mengawal minyak berlebihan
10. Memberi kelembapan kulit
11. Membuang parut kecil seperti sel kulit mati 
12. Membaiki lapisan kulit yang bermasalah

Saya dah pakai produk ni. Memang berkesan! Jerawat cepat keluar dan cepat kecut. Parut pun semakin pudar. 

Sabun Al Razi
Nak tengok testimoni boleh klik kat SINI

Sekarang ni tengah promosi. 

Harga asal RM63

Harga Promosi :

 1kotak – RM49 (Semenanjung) - 

 1kotak – RM55 (Sabah Sarawak) 

*Free Postage

Kalau nak boleh SMS/Whats App 019 620 1757

atau untuk pertanyaan boleh email ke natrahmyahaya@gmail.com
 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI