Thursday, 12 June 2014

Susun Atur : DIY kotak notebook untuk NEXT project.

Assalamualaikum wbt...

Salam Nisfu Syaaban kepada semua umat Islam. Tertutup sudah buku lama, terbukalah catatan baru. Diam tak diam lagi 15 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Dan mari kita berdoa agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan berkesempatan untuk meraikan Ramadhan yang mulia ini. Amin...

Ermmm...balik pada tajuk. Kat ofis ni en. Lenovo melambak baru sampai. Jadi kotak2 bungkusan Lenovo ni daripada terbuang macam tu je, saya ambil 4 buah untuk project DIY almari si Aqil dan Ariq. Dua beradik ni kongsi almari yang sama dan space sangat2 terhad. Bila space terhad ni, menguji kekreatifan laa untuk seboleh2 nya menyusun dan mengatur baju bajan sekalian dengan kemas dan sedap mata memandang.

Kotak Lenovo.
Kawan2 cer tengok gambar kat atas ni. Rasa geram tak nak DIY sendiri? Hehe...saya sendiri gila jugak tengok kotak2 ni. Gerammmmm je nak ambil banyak2 buat project DIY. Ukur punya ukur, hah! ngam2 ngan almari budak berdua tu. Apalagi angkat tepi 4 kotak untuk DIY. Niat hati nak ambil lebih lagi tapi mengenangkan badan ku ini yang tidak berdaya yang termengah2 ambil 4 dulu. Kang tak tersiap2 karang tak ke haru menggagau nak cari tempat simpan. Haha...Kat rumah memang a BIG NO untuk simpan kotak segala ni. En suami bising. Pelik tengok isterinya suka simpan kotak. Haha..Mintak maap ye abang...(buat muka comelll)~~tapi bila dah siap hasil nya memang kena pujilaa....kreatip katanya..hehe

Kotak yang dah siap potong penutupnya tinggal nak dicantikkan shj.
Yang kotak2 kat atas ni saya dah potong siap2 penutupnya sebab taknak pakai penutup pun nanti. Gagah jugak laa nak memotongnya. Sebab kotak ni sangat tebal. Tu yang saya suka. Dah tebal mesti lebih tahan kan. *_*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Menghabiskan waktu lunch tadi dengan mencantikkan kotak ni. Sejam hanya satu kotak je yang berjaya disiapkan..huwaaaaa!! ada 3 lagi nak kena buat...tabahlah siapkannya...Lagipun wrapping paper pun ada 2 helai je tadi. Cukup2 untuk balut 1 kotak ni. Dan inilah hasilnya....:) CANTIK TAK ?? Hehe ...perasan sorang2.

Siap balut cantik.
1 done, 3 more to go...hihi
Dah siap, go back to work. Okay kita lihat hasilnya nanti. Sharing is Loving. Daaaaa


 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI