Thursday 24 January 2013

Set Berpantang Shaklee

Di bawah adalah vitamin Shaklee yg dicadangkan untuk ibu2 selepas bersalin/berpantang dan menyusu bayi.

Boleh diambil untuk penjagaan ibu dalam pantang yang menyusukan bayi dengan susu ibu supaya ibu kekal sihat dan bersedia meneruskan penyusuan sepenuhnya secara eksklusif selama 6 bulan dan digalakkan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Ianya selamat digunakan dan tidak memudaratkan bayi anda.


Set Cadangan:

 

1.Vitalea
2.B Complex
3.Vitamin C
4.Zinc
5.Alfalfa
6.Ostematrix
7.ESP-soy protein isolate powder 

1.Vitalea with Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

■ Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

■Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...

■Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.

■Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


 

2.B Complex

B complex perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia.Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang
di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan.

■ B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

■Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang),

■Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,

■menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan

■membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.

■Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

wajah ibu berseri dan tidak kusam.





 

3.Vitamin C 500mg sustained release

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.

■ Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

■menjaga salur darah,

■sebagai antioksidan dan

■membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...

kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik



4.Zinc
 


Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan.

■ Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc.

■ Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


 
 


5.Alfalfa
Merupakan supplement penting utk mempercepatkan penghasilan susu (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

■Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

■Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan

■membantu membuang angin dalam badan.. ..secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

■Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan
kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan
air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

nota: semasa dalam pantang, jika anak masih ada kuning@jaundis, alfalfa tidak boleh diambil. Ibu perlu tunggu sehingga kuning anak telah betul2 tiada.

***alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD.
 

 

6.Ostematrix
 
atasi masalah sembelit

■memberi tenaga dan dan mudah bangun tidur

■mengekalkan tekanan darah normal

■membantu kita segar

■mengelakkan kemurungan

■mengatasi masalah "water retention"

■mengatasi masalah pra-haid

■mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang

■membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi

■mengatasi masalah pereputan tulang

memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)

■paling penting, ia mudah ditelan. jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix. kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. :)     


7.Energising Soy Protein (ESP)

 

 ■Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

■Membekalkan tenaga

■Memberikan rasa kenyang

■Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat

■Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit

■Membanyakkan susu badan (milkbooster) (dengan syarat memenuhi asas penyusuan)

■Membantu mengekalkan kepejalan otot

■Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal

■mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
 

Bagi ibu2 yang ingin mendapatkan set vitamin ini, sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa. Kami juga ade menyediakan set trial bagi ibu2 yg kekurangan bajet.

credit to fabulousmom.com 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 



 Untuk pertanyaan lanjut dan pesanan, sila hubungi,

Natrah Mohd Yahaya
sms/whatsapp : 0196201757 | email : natrahmyahaya@gmail.com
website : natrashawellness.blogspot.com


1 comments:

  1. Best Casino Apps - DrmCad - Dr.MD
    Read 용인 출장마사지 Dr.MD's 2021 review and compare the best casino apps, games, and bonuses to 서울특별 출장샵 play. Jackpot Party Casino · Vegas Slots 하남 출장마사지 Casino · 대구광역 출장안마 Blackjack 남원 출장샵

    ReplyDelete

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI