Saturday 5 January 2013

Basic H: Pencuci Serbaguna Keluarga Kami

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Bila tiba hujung minggu mmg banyak kerja yg hendak dibuat. Ye la as working mum (chewah:p), weekdays mmg buat ape yg sempat je. Basuh baju, sidai baju, lipat baju eyh semua berkaitan ngan baju laa, tu tak termasuk kemas rumah, susun stok susu, basuh botol susu yang semalam nye, accessori pam lagi dan bla,bla,bla. Kalau nak senarai kat sini mmg sampai besok pun tak habis...hehe

Berbalik pada tajuk entry ni, cerita pasal cecair Basic H cecair serbaguna keluaran Shaklee. Macam mana sy leh terjebak menggunakan cecair Basic H. Haa....ni nak cerita. Pada suatu hari.....eyh...ape bende sy merepek ni! ok .....serius, tempat kerja sy mmg dekat sgt ngan summit shopping centre. Kat situ ada kedai babyland yang mn satu satunye lah kedai tumpuan ibu2 kat opis ni utk beli brgn baby termasuk lah yg sedang menaip ni. Sy selalu beli sabun basuh cd (cloth diaper) cap ape sy tak igt tp sabun ni sesuai utk basuh cd tanpa merosakkannya. For those mumies yg cdkan baby2 mereka tau laa kenapa sbb cd ni tak boleh dibasuh guna sembarangan sabun, nanti rosak laa dia, dah x menyerap nanti.

Then, nak dijadikan cerita, babyland kat summit tu dah tutup cawangan pulak. Sebab apa tak pulak diketahui. Dan dalam pada tu, masa derang buat moving out sale langsung xterigt nak beli stok sabun pencuci cd ni. Adusss, haru laaa pikiranku ini ye kwn2. Tak terpk laa pulak boleh basuh guna sunlight je an...hilang semua bekas minyak kat cd tu dan akan menjdkan cd lg menyerap pas cuci nanti. Hmmm...ni dah mcm entry pasal cd laa pulak.hehe...

Tgh duk pening google punya google terjumpa laa Basic H ni kat situ dia tulis Basic H cecair 1001 kegunaan. Dan antara kegunaan kat situ, leh basuh cd, botol baby, baju baby dan jugak boleh campur dalam air mandian bayi yg ade alahan. Menariks! dalam hati je laa....lepas google2 pasal Basic H ni, then sy decide nak try beli dan guna. Dan....bermula la penggunaan Basic H ni dalam keluarga kami.

Taraaa ni dia....
 
Basic H (gambar ihsan google)
Antara kegunaan basic H ni kat rumah sy ialah :
1. Cuci cd (ni mmg the main reason kenapa sy beli bende ni) : ye betul kate website tu (sy xigt tajuk website tu kate cd leh jd bersih dan wangi gitu :) - clap clap clap
2. Mop lantai : lantai tak melekit wpun tanpa bilasan (ni sy buat kat bilik aqil bkn sbb sengaja xnak bilas tp masa ngemop tu en aqil ni pulak rajin nak menolong, so tergendala laa tugas mengemop ketika itu) - yeay!
3. Basuh sinki : sinki jd berkilat untuk tempoh yg lama dan semut2 halus dan anak2nye tidak lg berkeliaran di sekitar sinki - hoorayy!
4. Lap cermin : cermin jd berkilat dgn sekali lap je xyah ulang2 dah - wallaaa!
5. Basuh botol ariq (maklumlaa sehari kene basuh at least 6-7 biji botol yg digunakan di taska dan utk mengepam di opisku) : kesan lemak dan minyak pada botol2 ariq senang tanggal tanpa perlu disental byk kali. Sbb kalau sy guna sunlight mmg byk kali sy sental baru hilang kesan minyak tu. So, kat situ dah jimat masa berdiri kat sinki sampai lenguh jemari kaki. hehe..dan lg satu xperimen sy buat untuk tanggalkan kesan label pada botol susu, sorry kwn2 sy xde gbr nak attached, nex time kalau sempat sy amik gbr dan attach kat sini. Ni sy terigt bila opismate sy ckp kalau dah tampal botol ngan labeller (ala yg sticker kotak2 warna warni tu, nanti sy attach gbr) gam dia susah nak tanggal dan akan tinggal kesan kat botol, botol jd buruks. Dan kesan mmg xde sedikit pun kesan gam tinggal kat botol susu ariq bila sy basuh ngan Basic H ni - suke suke suke!
6. Basuh bumbum ariq yg terkene ruam lampin : letak ubat hsptl xjln, then sy basuh ngan basic H ni, alhamdulillah sembuh dan ruam lampin ariq smpi sekarang bila nak basuh bumbum wajib campur 2-3 titik basic H sbg sabun - Alhamdulillah...

So, kwn2 xsalah mencuba kan? Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

Natrah Mohd Yahaya
sms/call/whatsapp : 019 620 1757 | email : natrahmyahaya@gmail.com |
website : natrashawellness.blogspot.com

  

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

SUKA ENTRY DI SINI